“Oi…
Dr. Fareez. Kau ni tak reti-reti nak balik berehat ke? Lusa dah nak kahwin, kau
boleh sibuk je lagi, kan?” Amirul menegur sahabatnya.
“Ala,
esok kan aku dah mula bercuti? Hari ni bagi selesai la dulu,” Fareez menaip
laju.
“Tak de
la. Kau tau tak, mesti kau letih nye nanti. Dua hari majlis kahwin. Tak campur
lagi dengan benda lain,” Amirul berkata nakal. Fareez terhenti menaip. Wajahnya
dipalingkan ke arah Amirul.
“Ehem,
doc. Benda lain ape tu?” Fareez terkesan bunyi nakal Amirul.
“You need an explanation ke? Kau ni maybe la expertise bab sakit puan, aku ni bab mata je, tapi bab marriage dan sewaktu dengannya, I’m more expertise. Amacam? Ade pape nak
tanya tak?” Amirul membalas. Fareez sudah tertawa kuat.
“Pehal?
Kau nak citer apa kat aku? Straight to
the point, dude. Sejak bila doctor pandai
bersastera ni?” tanya Fareez dalam tawa yang masih berbaki.
“Hahaha…kau
ni, agak-agak la. Aku pun tau malu nak sembang bab-bab censored ni.” Amirul turut tertawa.
“Hey sir. You’re the one who started it
first, okay?” ujar Fareez.
“Ala,
kau ni. Aku niat nak tolong je kalau kau ada pape kemusykilan,” Amirul membela
diri.
“It’s okay. For now, I’ve nothing to ask. Satu
je, macam na nak hilang kan nervous time akad,
hah?” Fareez bertanya serius. Sejujurnya, dia dah mula berdebar sebenarnya.
“Erm…yang
tu…aku pun tak tau…Iye la, aku pun baru sekali akad nikah,” Amirul bersenda.
Fareez kembali tertawa, ke situ pula sahabatnya ini. “Cuma, petua aku. Bila kau
nak masuk je rumah bakal isteri kau tu, beri salam, mulakan langkah kaki kanan.
Selawat banyak-banyak, InsyaALLAH kurang rasa gementar tu. Selain daripada
berkhatan, masa akad nikah la paling lelaki berdebar, kau tahu? So, normal la kalau kau nervous. Baik kau hafal siap-siap tau
nama penuh bakal isteri kau. Karang silap sebut, salah pengantin la.” Amirul
tersengih.
“Kau
jangan la cakap macam tu, makin nervous plak
aku,” Fareez turut tersengih.
“It’s nothing la. InsyaALLAH, Allah
mudahkan. Nak bina masjid kan? InsyaALLAH.” Amirul memberi semangat. Fareez
tersenyum.
*****
“Korang pun berinai la juga, nape
aku sorang je?” Fina mengajak Ica dan Syida.
“Dah
kau yang nak kawin, kau je la berinai,” Ica berkata. Kak Aini, isteri Alongnya
sedang tekun memakaikan inai ke jari Fina, kemudian mengukir corak pada
tangannya.
“Korang
ni, pakaila jugak. Kalau aku sorang je pakai, nanti nampak sangat wei. Ala,
bukan tahan lama sangat pun inai tiub ni. Korang tengok ni, lawa kan Kak Aini
lukis? Tak nak cuba ke? Thanks akak,”
Fina menunjukkan corak di tangannya
kepada Ica dan Syida. Sudah selesai berinai pun, sekarang tunggu kering je la.
“Akak,
tolong inaikan Syida sekali. Macam cantik je tengok tangan Fina tu. Kalau tak
kawin pun, dapat seri pengantin pun jadi lah,” Syida mengusik, lalu
menghulurkan tangannya kepada Kak Aini.
“Diam
lah kau Syida. Ica, kau tak nak ke? Tak jeles ke tengok? Nanti tangan kitorang
je cantik,” Fina tersengih.
“Akak,
lepas Syida, akak tolong inaikan saya pulak eh? Cantik la pula tengok tangan
Fina.”
“Hahaha,
baru kau tau? Tadi kau berlagak sangat. Cheh,” Fina menjuihkan bibirnya.
“Aku
bukan ape. Kalau aku pakai inai, takut nanti tok Kadi tu tersilap pengantin
perempuan, tapi kalau dah Syida pun berinai, aku pun nak. Maklumlah, nak dapat
seri pengantin kan.” Ica turut menyakat Fina. Fina menarik muka. Kak Aini sudah
tertawa melihat gelagat 3 sahabat karib tersebut.
*****
Hampir
pukul 9 pagi, Fina sudah selesai berbaju pengantin. Sengaja mereka tidur awal
semalam, sebaik sahaja menunaikan solat Subuh dan bersarapan, Fina mula bersiap.
Maklumlah, kalau sudah bermekap tebal ni, baik dicepatkan urusan akad nikah dan
walimatul urus. Bimbang pula jika bertembung dengan waktu Zohor nanti. Niat nak
mendirikan masjid, tengok-tengok, tertinggal satu kewajipan.
“Wah, cantik kau Fina. Pergh, macam
Barbie doll kot,” Ica memuji. Fina
yang sedang melabuhkan punggung di atas katil ditenung.
“Kau ni
kan Ica, Barbie doll tak pakai baju
kebaya, tak payah nak goreng sangat la,” pinggang Ica dicubit, “Jangan nak
menyakat aku la. Aku dah seram sejuk dah ni, aduh.”
“Aku
puji ikhlas ni. Cun gila kau wei.” Ica memerhatikan Fina dari atas ke bawah.
“Betullah
Fina. Beruntungnya sape dapat kau. Serius, cantik,” Syida mengangkat ibu
jarinya. Solekan yang diberikan sentuhan oleh Ica disertakan dengan pakaian
pengantin baju kebaya modennya menampilkan imej kemelayuan. Rambutnya
disanggulkan tinggi dan dipakaikan pengepit rambut emas ala-ala zaman Melayu
lama. Disangkutkan selendang di bahunya.
Fina memang tidak pernah bersolek
sebegitu. Biasanya dia sekadar memakai bedak dan pelembab bibir. Kadang-kadang
sahaja memakai celak. Dia pada asalnya tidak mahu bersolek, tetapi setelah
dipujuk Ica yang beria-ia hendak menyoleknya, dia mengalah. Iyalah, dia yang
berjanji dulu, tiba-tiba tak nak pula, memang teruk la kena dengan Ica dan
Syida.
“Wah,
cantiknya adik Angah ni,” Angah yang baru bergerak masuk ke bilik Fina bersama
Along terpegun melihat Fina.
“Wow,
betullah. Bertuahnya sape dapat Fina,” Along turut memuji.
“Korang
dua ni kan, jangan menyakat Fina boleh tak?” merona merah wajahnya mendengar
pujian dari kedua-dua abangnya itu.
“Ish,
ikhlas ni, Fina. You look stunned!” Angah
berkata.
“Sudah-sudahlah.
Korang pergi lah keluar. Banyak lagi kerja di luar tu kan?” Fina menarik tangan
kedua-dua abangnya keluar, lalu terserempak dengan Lili, anak sulung Along yang
sedang melintas di hadapan biliknya.
“Wah,
Acu…cantiknya…” Lili memuji.
“Tengok,
Lili yang 5 tahun ni pun pandai puji, inikan pula kitorang yang dah 30 lebih
nie, ape la Fina ni,” Angah berkata. Along tertawa melihat Fina yang sudah
merona merah.
“Wah,
Ica terpakaikan blusher kat Fina
tebal sangat la,” Along pula menyakatnya.
“Sudahlah
korang ni, benci lah,” Fina mencubit pinggang mereka. Sudah cukup malu dia
dipuji, boleh pula mereka menyakatnya.
“Okay…okay…
sabarlah tunggu pengantin lelaki ye,” Angah mengenyit mata lalu berjalan pergi
bersama Along.
*****
“Fina,
bakal suami kau dah sampai,” Ica memberitahu Fina yang sedang berdebar menunggu
di dalam bilik. Kedengaran bunyi kompang bertalu di luar biliknya.
“Jom
la, Fina,” Syida mengiringi Fina ke ruang tamu diikuti Ica.
“Wei,
tu pengantin perempuan kau,” Amirul berbisik ke telinga Fareez yang segak
berbaju Melayu. Fareez mengangkat kepalanya. Kebetulannya, Fina juga baru
mengangkat kepalanya untuk melihat bakal suaminya. Tanpa disangka, anak mata
mereka bertemu, pantas Fina melarikan pandangannya. Fareez turut mengalihkan
pandangan ke arah Kadi yang sedang menunggu.
“Pergh,
Fina. Fareez tu mixed ke?” Ica bertanya.
“Ha’a
la. Hensem gile bakal suami kau,” Syida memuji.
Fina
agak terkesima apabila terpandangkan Fareez sebentar tadi. Wajahnya persis
Inggeris. Tubuh badannya yang tinggi dan sasa, berhidung mancung, serta
berambut coklat keemasan mungkin diwarisi dari ibunya, yang merupakan kacukan
Belanda-Melayu. Kulitnya yang agak gelap berbanding Fina yang putih kemerahan
mungkin diwarisi dari bapanya. Sudahlah berbaju Melayu, bertengkolok, bersampin
dan berkeris. Bergetar juga la jiwanya apabila memandang bakal suaminya.
“Aku
terima nikahnya Syarifah Farah Syarfina binti Syed Razak…” Fareez melafazkan
akad nikah dengan sekali lafaz. Fina telah menjadi isterinya yang sah.
“Fina,
sarungkan cincin,” Ica berbisik, lalu mengiringi Fina ke arah Fareez. Selesai menyarungkan
cincin, Fina mencium tangan Fareez yang telah menjadi suaminya, kemudian Fareez
mencium dahinya.
“Alhamdulillah,”
Mummy tidak henti-henti mengucapkan syukur. Fina telah menjadi hak mutlak
Fareez. Akhirnya anak kesayangannya sudah bergelar isteri kepada Tengku Fareez
Syazril. Air mata sudah memenuhi kelopak matanya. Perasaan sedih, bahagia,
gembira, sayu, segalanya bercampur aduk di dalam hati seorang ibu.
*****
Mereka
mula bergerak ke dewan untuk majlis walimatul urus. Linda duduk bersebelahan
Hafiz yang sedang memandu di hadapan, manakala Fina dan Fareez duduk di
bahagian penumpang. Namun, sepatah kata tidak terlahir dari keduanya.
“Hai
kak ipar, saya adik Abang Riz, Hafiz. Panggil Fiz je,” Hafiz tiba-tiba
mengeluarkan suaranya, pelik pula nak berdiam diri sepanjang perjalanan.
Sudahlah 10 minit baru nak sampai dewan. Tak campur lagi dengan jalan sesaknya,
entah berapa lama lah baru nak sampai. Berbanding Fareez yang kelihatan persis
Inggeris namun berkulit sawo matang, Hafiz berwajah Melayu tetapi berkulit
cerah.
“Ah,
ye…adik ipar,” Fina tersenyum kepada Hafiz melalui cermin pandang belakang.
Linda mengalihkan pandangan ke arah Fina sambil tersenyum. Fareez sekadar
mengerling.
“Hurm,
awak ni umur berapa sebenarnya? 22 kan?” Hafiz bertanya.
“Yup,
22. Kenapa? Awak berapa?” Fina bertanya pula. Gayanya macam dia lebih tua
berbandingnya.
“Hurm,
saya 24 tahun. So, kalau saya panggil
awak Fina je, boleh tak?” Hafiz bertanya lagi. Bukanlah dia tidak hormatkan
Fina, tapi aduh, muda lagi la Fina tu. Fina mengangguk faham, namun belum
sempat dia bersuara, Fareez berkata. “La, dia kan akak ipar kau? Apa salahnya
kau panggil je akak?” Bimbang pula jika Fina terasa nanti kalau tidak diberikan
panggilan hormat.
“Eh,
tak pe la. Okay je. Saya boleh rasa muda sikit kalau tak panggil akak. Lin
sorang panggil akak cukup la. Lagipun memang saya lagi muda dari Fiz pun kan?”
Fina tersenyum kepada Fareez. Fareez sekadar mengangguk, “Kalau awak tak kisah,
okay je.”
“Awak
ambil course ape sekarang Fina?”
Hafiz bertanya penuh minat. Niatnya nak menolong abangnya. Fareez bukannya
pandai sangat bab-bab nak berkenalan ni. Fareez sekadar memasang telinga
sahaja, dia sedar niat adiknya tersebut.
“Business management.”
“Oh? Really? Sama la kita, saya pun ambil bisnes gak. Iyalah, Kak Fiza
tu lecturer, Abang Riz doctor, si Lin ni interior designer. Sape lagi la nak warisi syarikat Papa nanti?
Tengok-tengok, saya je la yang tinggal.”
“Oh,
iyeke? Hurm, dalam family saya pun
sama. Along ngan Angah engineer, saya
la yang kena warisi syarikat Daddy nanti. Masa sekolah menengah dulu, saya
budak pure science, then dah dapat
pun tawaran further medics, kena buat
A-level, tajaan. Tapi, Mummy ngan Daddy macam tak bagi je. Saya buat solat
istakharah pun nampak perakaunan. Last-last,
masuk matrix...result flying colours.
Alhamdulillah. Now, final year
business management dah.” Panjang pula Fina bercerita. Ialah, dah mula
sembang tu, memang la makin rancak dia bercerita. Fareez mendengar khusyuk.
Linda dan Hafiz mengangguk faham. Mesti pandai betul Fina ni, tajaan untuk
perubatan tu.
“Oh,
takpe je. Awak tak jadi doktor, dapat suami doktor, doktor sakit puan pula tu,”
Hafiz tersengih. “Ha’a la Akak. Mujurlah akak tak ambil medic, kalau tak mestilah akak tak terima lagi Abang Riz ni, medic lama kan.” Laju saja Linda
menyampuk.
“Doktor
sakit puan? Really?” Fina memandang
Fareez laju. Fareez mengangguk.
“Why?” Pelik sangat ke doktor sakit puan?
Fareez tertanya-tanya.
“Nothing…well… I’m truly lucky then.
Everything’s gonna be easy kalau ada hubby
doktor sakit puan.” Fina tersengih nakal. Linda dan Hafiz sudah tertawa,
lain macam je bunyi.
“Well, in which aspect?” Fareez bertanya.
Segan pula dia.
“Hurm, later. Someone’s that under age is here,”
Fina mengerling ke arah Linda. Fareez pula yang tertawa. Laju sahaja isterinya
itu mengelak dari menjawab soalan, boleh pula mengenakan adiknya.
“Excuse me, madam. Who’s under age?”
Linda tidak berpuas hati. Mesti nak kata kat dia la tu, mentang-mentang dia
yang paling muda kan.
“Ala,
Lin…I’m kidding. Don’t make that face,
okay? Tak cun la pengapit akak nanti,” Fina tersenyum memujuk Linda.
“Apologized accepted la, akak ipar cantik
punya pasal,” Linda pula mengenakannya. Hampeh betul, tak pasal-pasal Fina yang
merona merah. Mujurlah dah tiba di dewan.
“Jom
turun,” Fareez menghulurkan tangannya. Fina menyambut huluran tangan Fareez.
Sebaik sahaja Hafiz dan Linda mengambil tempat di sebelah Fareez dan Fina,
mereka mula bergerak ke arah dewan. Kelihatan pintu gerbang khas untuk
menyambut pengantin terhias cantik. Kelihatan beberapa orang jurugambar sudah
bersedia di tepi laluan. Ica dan Syida yang telah tiba lebih awal menyambut
mereka di pintu gerbang tersebut.
“WELCOME,” Ica dan Syida menyambut
mereka.
Fina
dan Fareez mula berjalan melalui pintu gerbang. Linda dan Hafiz menurut dari
belakang. Kemudian Mummy, Daddy, Papa dan Mama di belakang sekali. Fina yang
berdebar dengan renungan tetamu yang hadir mengeratkan rangkulan lengan Fareez.
Bagaikan mengerti debaran yang dirasakan Fina, Fareez berbisik ke telinganya. “Everything’s gonna be okay. Just chill down.”
Sebaik
sahaja tiba di meja pengantin yang serba hijau dan dinaikkan lagi dengan
bunga-bungaan, Fina dan Fareez mengambil tempat di tengah-tengah, diikuti Linda
di sebelahnya dan Hafiz di sebelah Fareez, kemudian Mummy dan Daddy di sebelah
Linda, manakala Mama dan Papa di sebelah Hafiz. Ica dan Syida sudah sibuk
mengambil gambar mereka, kelihatan mereka tersengih-sengih nakal ke arah
mereka. Geram pula rasanya.
Mereka
mula makan beradab. Sedikit sahaja makanan yang dijamah Fina, berdebar punya
pasal. Nak makan pun dia tak selesa. Fareez di sebelahnya relaks je menambah
nasi, sesekali dikerlingnya. Berselera sungguh dia makan, tak rasa pape ke
orang usha semacam je?
“Fina,
ni lauk, makan banyak sikit ek?” Fareez menyendukkan daging masak hitam ke
dalam pinggannya. Aduh, dok buat romantik apa depan orang, buat malu lah, tadi
diam je atas kereta. Fina memaksa juga dirinya untuk menelan daging tersebut,
takkan lah nak bazirkan makanan. Dia cukup pantang orang membazir makanan.
Kerana itulah dia cukup malas nak ke majlis apa-apa yang diajak Mummy dan
Daddynya. Maklumlah, majlis orang kaya-kaya kan. Ambil macam-macam, tapi
sejemput sahaja yang dijamah. Membazir betul. Cuba la fikirkan orang-orang
miskin yang tak mampu nak membeli makanan ke, mangsa-mangsa gempa bumi, para
pelarian yang tak dapat makan. Ini dah kaya sangat, dibazirkan.
“Dah
kenyang?” Fareez bertanya. Dia sudah mengelap mulut. Aiseh, itulah aku ni,
boleh berangan lagi. Fina sekadar mengangguk. Selesai makan beradap, mereka
mula bergerak untuk mengambil tempat duduk di tempat yang disediakan untuk
pasangan pengantin dan pengapit. Kemudian, Daddynya bergerak ke hadapan untuk
memberi ucapan.
“Terima
kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir. Seperti yang kalian sedia maklum,
inilah majlis perkahwinan yang terakhir dalam keluarga saya, InsyaALLAH. Majlis
walimatul urus ini bertujuan untuk meraikan anak gadis saya yang bongsu yang
akhirnya, telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fareez. Fina, jadilah isteri yang solehah,
taat pada suami. Selama Fina di bawah tanggungjawab Daddy ngan Mummy, Fina anak yang taat, lepas
ni, Fina di bawah tanggungjawab Fareez. Fareez, bimbinglah anak Daddy yang
sorang ni, ye? Dia memang degil, tapi insyaALLAH, degilnya boleh dilunturkan.
Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa semoga perkahwinan mereka kekal ke
akhir hayat, sehingga ke akhirat.” Tangan Daddy diangkat, lalu Daddy mula
membaca doa, seisi dewan mula mengaminkan doa yang dibaca Daddy. Fina sudah
sebak, namun air matanya ditahan. Tisu yang diberikan Linda digunakan untuk
mengelap air matanya yang sudah hampir menitis.
Selesai
ucapan Daddynya, mereka bergerak untuk bergambar di pelamin. Mula-mula Fina dan
Fareez sahaja, kemudian bersama pengapit, diikuti bersama Ica dan Syida,
kemudian dengan ibu bapa mereka dan ahli keluarga yang lain. Sebaik sahaja
mereka selesai bergambar, mereka mula beramah-mesra dengan para tetamu yang
hadir. Fina yang paling kurang bersosial dibandingkan dengan abang-abangnya
ternyata sekadar mengenali segelintir sahaja kenalan ibu bapanya yang hadir.
“Wah,
Fareez. Dah kahwin dah you kan?”
seorang gadis berbaju gaun ketat sehingga ke peha menegur mereka. Fina merenung
gadis tersebut. Perghh, bapak la seksi. Dah datang majlis kahwin, tak reti nak
sopan sikit ke?
“Oh,
Juwita. Ha’a, dah sampai seru kan?” Fareez menjawab pendek.
“I dengar sebab wasiat je korang kawin
kan? Itulah you sombong sangat dengan
I, kalau tak, at least you dapat kawin dengan I
yang you kenal. Fina ni bukannya you kenal pun kan? Anti-social,” Juwita tersenyum sinis ke arahnya. Menyirap pula darah
Fina mendengar kata-kata Juwita tersebut. Sesuka hati dia je ngutuk aku. Pehal?
Dah teringin nak kawin sangat, pehal tak ajak je kawin ngan kau, perempuan?
Namun, sekadar disebut dalam hati. Bibirnya mengukir senyuman, meskipun dia dah
panas sebenarnya.
“No thanks. I’m lucky enough that I don’t
need to marry you. And then, I got to married Fina…it is such a great package
for me,” Fareez menjawab pedas. Muka Juwita merah padam mendengar jawapan
Fareez.
“Lin
pun tak hingin nak dapat kak ipar macam Kak Juwita ni.” Linda yang baru
mengambil tempat di sebelah Fina pula berkata.
“Well, why don’t you leave now, woman?”
Hafiz yang datang bersama Linda pula berkata. Juwita pantas bergerak
meninggalkan dewan selepas mendengar kata-kata Hafiz.
“Sori
lah Fina. Juwita tu kemaruk jantan. Dulu dia nak takel Abang Riz ni, tapi silap
lah. Sape hingin ngan perempuan mulut longkang macam tu,” Hafiz menjelaskan.
Fina sekadar mengangguk sahaja. Boleh tahan popular rupanya suaminya ini.
Fareez sudah serba-salah. Buat jatuh air mukanya sahaja di hadapan isterinya,
si Juwita ni.

