Fina sudah cantik berbaju kurung
moden berwarna krim yang bersulamkan benang dan manik berwarna hijau pelbagai
tona. Rambutnya dirapikan ke belakang dan diserikan dengan penyepit rambut oleh
Syida. Wajahnya pula disolek cantik oleh Ica meskipun sekadar bersolek nipis.
Dia melarang Ica mengenakan mekap berlebihan. Baru bertunang, katanya.
Selendang nipis diletakkan di atas kepalanya, ala-ala gadis Melayu terakhir
gitu.
“Pergh…ayu siot la kawan aku ni.
Macam gadis Melayu terakhir babe,”
Ica mengangkat ibu jarinya.
“Ha’a la, Fina. Cantik la kau,
kalau si Fareez tu ada, entah-entah dah ajak kahwin terus ape,” Syida tertawa.
Fina mencuit kedua-dua sahabatnya.
“Korang ni, jangan nak menyakat
sangat, boleh tak? Aku dah mula berdebar ni, boleh pula korang main-main kan,”
Fina merengus geram. Sudahlah jantungnya rasa macam nak terkeluar je ni.
Rombongan dari pihak lelaki telah tiba beberama minit yang lepas. Tengah
berbalas pantun la pula. Fina yang berdebar bertambah-tambah la nervousnya.
“Kau ni, relaks la Fina. Janganlah
cuak sangat, smile,” Ica memberi
semangat kepada sahabatnya. Ingatkan tak kisah nak bertunang. Tengok-tengok,
mukanya kelihatan pucat. Lucu pula. Fina memaksa dirinya untuk tersenyum. Tidak
henti-henti dia berselawat dalam hati, meminta diberi kekuatan.
Tiba-tiba, kelihatan Mummynya di
muka pintu. “Fina, jom keluar. Diorang dah panggil. Ica ngan Syida iringkan
ya.” Fina mengangguk, lalu mula berdiri.
Perlahan-lahan Fina bergerak keluar
diikuti Ica dan Syida. Tangannya memegang erat tangan kedua-dua sahabatnya.
“Fina, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, everything’s
gonna be okay,” Syida berbisik ke telinganya.
Sebaik sahaja Fina melabuhkan
punggung di atas kusyen petak tersebut, Syida dan Ica bergerak ke belakang.
Mummynya mengambil tempat di sebelah kanannya, sementara bakal ibu mertuanya
bergerak ke hadapannya. Wajah Datin Balqis dipandangnya. Senyuman manis diukir.
Datin Balqis yang kelihatan persis Inggeris turut tersenyum mesra ke arahnya.
Mungkin mixed. Fina berfikir.
“Fina, ini la Datin Balqis, bakal
mertua Fina,” ujar Mummy dalam senyuman.
“Isy, akak ni. Apa yang Datin nya?
Panggil je Mama. Sebulan je lagi.” Datin Balqis berkata mesra.
Fina sudah tersenyum malu apabila
mendengar kata-kata Datin Balqis. Tangannya dihulur, lalu dia menyalami bakal
ibu mertuanya tersebut. Selesai bersalaman, Mama Fareez tersebut menyarungkan
sebentuk cincin ke jarinya, kemudian dirinya dipeluk dan kedua-dua belah
pipinya dikucup. “Fina, semoga Fina bahagiakan Riz nanti ye…” Mama berbisik ke
telinganya.
“InsyaAllah, Mama,” malu-malu pula
Fina memanggilnya. Mama sudah tersenyum mendengar panggilan Fina tersebut.
Kemudian, Mama mula memperkenalkan
ahli keluarga lain yang hadir. “Ini Papa.” Kelihatan seorang lelaki yang sebaya
Daddynya sedang turut tersenyum mesra. “Fareez ni anak kedua dari 4
adik-beradik. Ini Kak Fiza, akak sulung.” Mama menunjuk ke arah seorang wanita
bertudung coklat, mungkin sebaya Alongnya. Kak Fiza yang berwajah Melayu dan
berkulit sawo matang tersenyum ke arahnya, lalu mereka bersalaman.
“Untungnya Riz dapat isteri cantik
macam ni,” Kak Fiza memujinya. Fiza mula tersipu-sipu. Segan siot dengar orang
puji depan-depan macam ni, waduh.
“Akak Fina, ini Linda. Akak panggil
Lin je. Lin ni adik last,” seorang
gadis berambut coklat keemasan, berkulit putih serta persis Inggeris kecuali
matanya yang hitam pekat, memperkenalkan diri. Kelihatan riang sekali. Ini
memang sah-sah ikut Mamanya, macam orang putih tu. Fina tersenyum, lalu turut
bersalaman. “Betul la Kak Fiza, cantik betul la Akak Fina ni. Untungnya Abang
Riz,” Linda juga galak memujinya. Fina semakin merona kemerahan.
“Untung kan Abang Riz?” Mama
menyokong Linda. “Adik lelaki Riz, si Hafiz tu ada camping hari ni, itu yang tak dapat hadir tu. Nanti Fina jumpa masa
wedding day la yer.” Mama memaklumkan
perihal Hafiz. Fina mengangguk faham.
Daddynya sudah sibuk berbual dengan
Papa dan ahli keluarga lelaki yang lain. Entah apa yang dibual pun dia tidak
tahu. Manakala, Mummynya sibuk berbual dengan Mama, Kak Fiza dan Linda perihal
hari perkahwinannya nanti. Ica dan Syida juga turut serta di sebelahnya.
“Macam mana ya dengan majlis kahwin
nanti? Akak dah pening dah ni, Qis,” Mummy memulakan bicara.
“Yang tu, akak jangan risau. Adik
Qis, dia ada butik pengantin. Bab baju pengantin, majlis perkahwinan apa sume,
dia boleh handle. Mama faham Fina
mesti sibuk kan, masih student, masa
Fina takde kelas nanti, Fina datang la ke butik dengan Mummy. Ica ngan Syida
pun ikut la sama, sama-sama kongsi idea. Kak Fiza ngan si Lin ni pun dah bersemangat
nak sibuk sekali. Suka sangat bab majlis kahwin.” Mama tersenyum.
“Ha’a Akak. Lin boleh sangat-sangat
nak tolong akak. Akak 22 tahun kan? Lin 20 tahun. Lin sekarang ni ambil course interior designer, berminat
sangat-sangat dengan dalaman rumah. So, kalau akak nak advice, memang Lin mahir. Akak gi tau je akak nak konsep ape. Nanti
Lin adjustkan. Okay?” Laju sahaja Linda
mempelawa diri. Ramah sungguh bakal adik iparnya ini. Semakin selesa pula dia
dengan bakal ahli keluarganya.
“Okay, Lin. Lin bagi nombor fon kat
akak ek japgi? Senang nak contact,
nak bincang-bincang,” Fina tersenyum. Maklumlah, sekadar berbeza umur 2 tahun,
memang mudahlah nak ngam.
“Okay, on la cam tu. Akak bagi no
fon akak, japgi Lin mesej akak.” Fina terus memberi nombornya apabila melihat
Linda mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Adik Qis tu ada sediakan tak spa
untuk pengantin?” Mummynya bertanya lagi.
“Ada, kak. Memang pakej pun. Boleh
ambil wedding planner, terapi
kecantikan tu, pakaian pengantin, semua pakej. Untuk pengapit pun ada sekali, so, boleh la kalau Ica ngan Syida pergi
sekali untuk terapi kecantikan ngan pakaian pengapit,” ujar Mama.
“Eh, Datin…pengapit pun perlu ke?”
Ica bertanya. Takkan pengapit pun nak kena naik seri kot?
“Panggil je Auntie Qis, tak perlu
nak berdatin-datin la. La, apa salahnye, bolehlah korang ambil seri pengantin
Fina sekali. Mana nak tau lepas graduate,
terus ada masuk meminang,” Mama mengusik mereka. Mereka tertawa mendengar
kata-kata Datin Balqis.
“Ke situ pula, Auntie Qis. Bukan
ape, nanti tersilap pengantin, kan kesian dekat Fina ni?” Syida mengusik Fina.
Laju Fina mencuit Syida. Lain macam pula bunyi ayat kawannya ni.
“Bahaya tu. Takpe…takpe… pakaian
Ica ngan Syida nanti bagi sama, mesti lah Riz perasan nye takkan lah pengantin
pakai baju sama ngan pengapit, ye tak?” seloroh Mama.
“Ha’a, betul tu Mama. Biar kain pun
sama. Pandai je korang ni kan,” Fina masih menepuk perlahan mereka berdua.
Segan pula dia diusik di hadapan bakal mertuanya itu. Mereka semakin tertawa
mendengar kata-kata Fina tersebut. Sebaik sahaja masuk azan Zohor, rombongan
pihak lelaki memohon untuk meminta diri.
*****
“Tahniah Fina. Dah jadi tunang
orang, sebulan lagi, jadi isteri orang!” Ica dan Syida kelihatan gembira.
Majlis pertunangannya baru sahaja selesai.
Fina sekadar tersenyum hambar. Bermacam-macam perasaan yang
bercampur-aduk dalam hatinya. Bahagia, gementar, bimbang, gembira, berdebar,
semua ada.
“Dengar sini, aku nak gitau korang.
Tolong rahsiakan pertunangan aku, please,”
ujar Fina perlahan. Ica dan Syida memandangnya dengan terkejut. Nak rahsiakan?
Agak-agakla. Takkan nak rahsiakan status dirinya?
“Maksud kau?” Ica bertanya hairan.
Wajah sahabatnya direnung lama.
“Aku tak nak sesape selain korang
dapat tau tentang semua ni.” Fina menegaskan.
“You meant until your wedding day?” Syida pula bertanya.
“I guess I won’t talk regarding someone’s wife too,” Fina menjawab.
Pandangannya dialihkan ke muka pintu.
“What does exactly that means? Are you kidding? There’s no way you’re
gonna hiding the fact that you’re someone’s wife, later, right?” Ica
ternyata tidak bersetuju. Tak pernah dibuat orang. Ada pula nak rahsiakan macam
tu? Merepek betul la Fina ni.
“Aku tak gitau my parents or Fareez’s family yet, but that’s exactly what I’m gonna do.”
“Fina, kau ni biar benar? Aku tak
rase Mummy ngan Daddy kau atau keluarga Fareez tu pun akan setuju ngan kau. Kau
kata Fareez tu 28 tahun, takkan dia nak sembunyikan majlis perkahwinan dia? Kau
ni, entah pape la,” Syida membantah.
“Aku tak kisah kalau nak adakan
besar-besaran, tapi aku tak nak buat kat rumah. Aku ingat nak minta Mama ngan
Papa adakan majlis di dewan. Kalau dekat rumah, takut terkantoi. Kalau pihak
lelaki pun aku rasa maybe kat dewan
gak kan? Untuk pihak aku ni, rasanya kawan aku, korang dua orang je yang aku
jemput. Yang lain semua kaum kerabat kitorang. Aku tak sanggup lagi la nak
umumkan yang aku ni isteri orang nanti. Aku kenal dia pun tak, macam mana aku
nak gitau orang lain yang aku ni isteri dia? At least, let me know him well, then, I won’t hiding it anymore. For
now, as matter of fact, I’ll marry him only because of the will, not because I
want to!” Fina berkeras. Ica dan Syida terdiam.
“Okay, terserah la kat kau kalau
kau nak rahsiakan perkahwinan kau,” Ica akhirnya berkata. Syida yang berada di
sebelah Fina sekadar mengangkat bahu.
*****
“Fina,
masakkan mi goreng untuk kitorang. Laparlah,” Ica berkata kepada Fina. Mereka
baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Fina mengajak mereka pulang sebaik
sahaja menunaikan solat Zohor di rumahnya sebentar tadi.
“Hah?
Mengade ek korang nie. Mi goreng je pun, korang masakkan la untuk aku. Aku kan
tetamu,” Fina menolak. Rambutnya diikat tocang.
“Kau
ni, Fina. Nanti dah kawin, kau masakkan untuk suami kau je. Mane la kau nak
masakkan untuk kengkawan kau nie. Mengidam je la nak makan masakan kau,” Syida
membuat wajah sedih.
“Korang
nie kan…bencinya aku…Okay, jom gi dapur, aku masak,” Fina merengus geram. Diorang
ni, sengaja je cari pasal. Syida dan Ica mula tersengih.
“Set!” mereka bertepuk tangan. Melihatkan
Fina bangun menuju ke dapur, mereka menurutinya dari belakang.
“Okay,
sekarang korang sediakan air. Pastu, kemas sikit meja makan tu.” Fina berkata
lalu dia mula menyediakan bahan-bahan masakan. Laju sahaja tangannya, maklumlah
Fina sememangnya mahir memasak. Beberapa lama kemudian, Fina memanggil mereka.
“Okay,
siap. Jom makan,” Fina memanggil, lalu menyenduk mi goreng ke dalam pinggan
mereka.
“Wah,
sedapnye Fina, boleh kawin nie,” Ica memuji, laju sahaja tangannya menyuap ke
mulutnya.
“Ha’a,
memang pun, kau baru tau ke?” Fina tersenyum, menyerlahkan kedua-dua lesung
pipitnya. Seronok melihat rakan-rakannya yang makan dengan berseleranya.
“Eh,
kau tak makan ke?” Syida bertanya. Hairan melihat Fina yang sekadar memakan
buah sahaja.
“Hah?
Aku tak makan malam sekarang ni, jaga badan,” Fina menjawab selamba lalu
mengunyah buah epal.
“Kau
ni, jangan la cakap macam tu, terasa lak aku,” Ica berkata perlahan. Fina
tertawa.
“Kau ni
mengade la, takdenye. Aku memang tak makan malam sebab takut ngantuk.
Kadang-kadang kalau lapar, aku makan je. Tapi aku nak stay up malam ni, plus
aku kenyang lagi la makan petang tadi,” Fina tersengih, lalu menyambung, “Aku
dah masak khas untuk korang, korang habiskan ye. Aku cukup pantang orang
membazir makanan tau? Korang tak habiskan, jangan harap la aku nak masak lagi
untuk korang pasni,” Fina memberi amaran seraya menyendukkan lagi mi goreng ke
dalam pinggan Ica dan Syida.
“Okay,
okay, sure licin la kitorang makan.
Lagipun, masakan kau la paling best,”
Syida memuji. Fina sekadar menjuihkan mulut, ‘nak bodek le tu.’
“By the way, Fina. Kau janganlah terasa
tau? Tapi berapa lama kau nak tinggal kat rumah ni? Mummy ngan Daddy kau tak
kisah ke? I mean, well, regarding your
marriage,” Ica memandangnya.
“Sampai
aku kahwin la. Pas kawin nanti, mesti aku kena tinggal ngan husband aku kan? Itu yang bulan ni aku
nak menumpang rumah korang. Hurm, esok kite gi butik ek? Tadi Mummy aku pesan
suh gi esok, Mummy aku akan tunggu kita kat butik. Esok, kelas habis awal kan?”
“Ha’a
la. Kelas batal kan pas Zohor tu? Pastu malam pula baru ada kelas, okay le tu.
Sempat je. Habis kelas, kita balik dulu, mandi, solat, pastu kita gi. Kau gitau
siap-siap la dekat Mummy ngan Mama kau. Karang lama pula diorang tunggu kita.
Dalam pukul 2.30, kita gerak,” Ica memutuskan. Fina dan Syida mengangguk
bersetuju.
*****
“So, kau dah jadi tunangan orang
sekarang?” Amirul bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi
berhadapan Fareez. Jarinya
mengetuk-ngetuk meja Fareez.
“Ha’a, bulan
depan aku jadi suami orang la,” Fareez menjawab. Matanya tetap tertancap pada
skrin komputernya. Langsung tidak memandang wajah Amirul.
“Lagi
sebulan tinggal, kau boleh buat derk je,” Amirul menggelengkan kepalanya.
“Then? Kau nak suruh aku buat ape? Aku
kahwin atas dasar wasiat, tau tak? Perlu ke aku nak rasa pape? Sape bakal bini
aku pun aku tak tau,” Fareez masih laju menaip.
“That’s my point! Lagi sebulan kau nak
kawin, tapi kau langsung tak pernah tengok siapa si Fina tu, takkan kau tak
rasa pape? Tengok gambar dia pun tak?”
“Tak.
Aku malas nak serabut fikir pasal benda tu.
Lagi pun, sabar je la. Hari akad nikah nanti aku tengok la. Lepas kahwin,
aku boleh tengok dia puas-puas lagi,”
Fareez memandang sahabatnya yang berkaca mata tersebut. Bibirnya mengukir
senyuman nakal.
“Ai
Riz, jauh pula kau fikir. Aku boleh nampak dah miang kau makin menebal,” Amirul
mengusiknya. Fareez tertawa kuat.
“Ala,
bakal bini aku gak kan? Apa masalahnye aku nak miang pun? Itu yang aku malas
nak amik tau dulu sebelum kahwin, pas kahwin nanti, baru okay,” Fareez
mengangkat ibu jarinya. Amirul mula tersengih. Fareez. Fareez. Dah nak kahwin
pun kawan karibnya ni.
*****
Sebaik
sahaja kuliah tamat pada pukul 1 petang, Fina, Ica dan Syida mula mengemas
barang mereka laju. Kejap lagi, nak ke butik pula. Adam memandang mereka
hairan. “Korang nak gi mana wei? Jom la makan dulu.”
“Sori
la Adam. Kitorang ada hal sikit ni,” Fina menjawab. Joe dan Zack yang sudah
dimaklumkan kononnya mereka perlu pulang ke rumah awal kerana hendak menyambut
ibu dan ayah Ica yang akan datang dari kampung mengangguk faham.
“Hal
ape nye?” Adam bertanya lagi. Fina terdiam, aduh, nak kelentong apa ni.
“Mak
ngan Ayah aku datang dari kampung la. Itu yang kitorang nak masak siap-siap tu,
nak kemas rumah tu lagi, nak sambut mak ayah aku kan,” laju sahaja bibir Ica
menyebut. Mujurlah dia tersedar yang Fina tak tahu mengenai apa yang dia dan
Syida maklumkan kepada Zack dan Joe semalam. Fina yang blur sekadar mengangguk.
“Ha’a,
Ica dah maklumkan aku semalam. Syida pun dah gitau Joe,” Zack mengiyakan. Joe sekadar
mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Oh,
tak pe la camtu. Jumpa esok ek?” Adam berkata, lalu mereka berpisah di tempat
parkir kereta.
Sebaik
sahaja Syida mula memandu kereta menuju ke rumah mereka, Fina berkata, “Laju
korang ek? Pehal tak inform aku
awal-awal? Mujurlah aku tak sempat nak buka mulut tadi. Kalau tak, sure la kantoi nye.” Ica dan Syida
tertawa.
“Sori
wei, idea aku tu terkeluar semalam masa Zack call aku. Kau dah tido waktu tu. Aku suruh la Syida gi tau Joe
siap-siap, takde la nak kantoi…” Ica menjelaskan.
“Tapi
mujur gak korang laju gi. Aku dah tak tau nak goreng ape tadi. Nasib baik lah.
Kalau tak, nampak sangat la aku nak menipu,” Fina menarik nafas lega.
“Itu la
kan. Baru kau tau gelabah? Macam mana la kau nak sembunyi pas kahwin nanti pun
aku tak tau la,” Syida pula menyampuk.
“Hurm…Itu
la…Aku pun tengah dok fikir gak ni…Tapi nak buat macam mana… I can’t bring myself to tell anyone other
than both of you lagi la… Korang ingat tau? Joe ngan Zack pun tak boleh tau
pasal aku,” Fina menegaskan.
“Iye,
Fina sayang. Berapa ratus kali kau nak warning
kitorang? Tau la, don’t worry.” Ica
menenangkannya. Syida turut membuat jari menunjukkan tanda okay sambil
mengenyitkan matanya.

No comments:
Post a Comment