“Hah? Biar betul kau Fina? Kau dah nak kawin?” Syida bertanya tidak percaya. Wajah sahabatnya tersebut dipandang. Biar benar Fina ni? Fina memandang sahabatnya yang sedang sedap mengunyah burger KFC tersebut.
“Entah
Fina. Kitorang tau yang kau tak pernah fikir bab cintan-cintun ni, tetiba je,
dah nak kahwin?” Ica turut berasa hairan. Wajah Fina direnung lama.
Selesai
sahaja kuliah sebentar tadi, Fina terus mengajak mereka berdua ke Restoran KFC
tersebut, ada masalah yang hendak dibincangkan katanya. Sebaik sahaja mereka
mula menjamu selera, Fina memberitahu perihal dirinya yang bakal berkahwin.
Sangka mereka, Fina sekadar bergurau, namun melihatkan raut mukanya yang jelas
gelisah, ternyata Fina tidak bermain-main.
“Korang
dengar ke tak ape yang aku kasi tau? Itu wasiat la sayang. Aku bukannya kenal pun siapa si Fareez tu,”
Fina menyuapkan kentang gorang ke mulutnya. Ayam KFC di dalam pinggannya masih
tidak bersentuh. Wajahnya kelihatan mendung. Pandangannya dialihkan ke arah
orang ramai yang sedang lalu-lalang di luar.
“Kau
pernah tengok tak gambar Fareez tu?” tanya Syida. Fina menggelengkan kepalanya.
“Tak.
Baru semalam Daddy aku kasi tau, what do
you expect? I’m totally in dazed when Daddy talk about getting married, and of
course, I’m totally opposed him. Then, do you expect me to say, “Oh Daddy, may
I have a look on his photo first?” As if I care!” Fina melenting. Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa bengang.
Syida dan Ica tersentak mendengar suara Fina yang agak tinggi.
“Wei,
Fina. Cool, babe. Syida tanya je kan,
relaks la. Kau nak citer kat satu KFC ni ke, hadoi,” Ica cuba menenangkan Fina.
Kelihatan beberapa orang pelanggan dari meja bersebelahan mencuri pandang ke
arah mereka. Fina yang tersedar nada suaranya yang semakin meninggi, pantas
memandang ke arah lain. Jari kirinya bermain-main dengan hujung rambutnya.
“Okay, sori wei. Aku not in right state of mind,” Fina memohon maaf kepada Syida. Terasa
bersalah pula melampiaskan kemarahannya kepada sahabatnya itu.
“It’s okay. So, kau jadi kawin ke tak, in
the end?” Syida bertanya perlahan. Risau pula melihat Fina yang kelihatan
bengang. Bukan mudah hendak melihat sahabatnya itu melenting.
“Honestly, I don’t know!” Fina melepaskan
keluhan berat. Matanya dialihkan ke arah kedua-dua sahabatnya.
“Fareez tu terima ke tak?” Ica yang
berambut separas bahu bertanya.
“Daddy aku kata dia terima, itu
yang aku takde pilihan. Kalau ikutkan aku saje, memang aku tolak nye. Well, korang pun sama ngan aku kan? Korang
boleh terima ke kawin awal ni?” Ica dan Syida saling bertukar renungan.
“Hurm, frankly, for me…I guess…well… I might just
accept it,” Syida menjawab teragak-agak. Mata Fina membulat mendengar
jawapan sahabatnya yang berselendang hijau tersebut.
”Pardon?” Fina merenung Syida tajam.
Syida pantas menyedut air Pepsinya.
“Aku
pun setuju ngan Syida, Fina. Look, what’s
wrong in getting married early? You’re not under 18, right? Although, well, in
matter of fact, aku faham la istilah ‘agak awal untuk kahwin’,” Ica memberikan
pandangannya. Jarinya dilalukan di rambutnya. Fina menarik nafas panjang, cuba
menenangkan fikirannya yang sudah berserabut.
“Look, try to put yourselves in my shoes. Are
you sure you’re gonna get married? Aku baru habis 4 sem, tetiba kena kawin?
Baru seminggu aku masuk sem 5 wei! Tolonglah! At least, biar la aku graduate
dulu,” Fina meluahkan rasa tidak
puas hatinya. Fikirannya mula kusut memikirkan pelajarannya. Ica dan Syida
merenungnya lama. Kata-kata Fina itu ada benarnya, namun adakah dia diberi hak
untuk bersuara?
“Fine, you’re right. 22 tahun tu muda
lagi, tapi boleh ke kau nak membantah? Tak…kan? Kalau kau takde pilihan, by hook or by crook, you’re still gonna get married,”
ujar Ica. Fina sekadar menarik muka masam lalu menyedut air cokenya. Mau tidak
mau, dia terpaksa akui bahawa kata-kata mereka ada benarnya.
*****
“Kau
nak kawin, Riz? Biar benar?” Amirul kelihatan terkejut. Tidak berkedip matanya
merenung wajah tampan Fareez. Dia yang
baru sahaja tamat waktu bekerja selesai menjalankan pemeriksaan ke atas para
pesakitnya terkejut melihat Fareez yang tiba-tiba masuk ke biliknya tanpa kata.
Belum sempat dia bertanya apa-apa, Fareez memberitahu yang dia akan berkahwin.
Sudah tentulah sukar untuk dia percaya, macam main-main pun ada.
“Aku takde
mood nak bergurau okay? Aku dah
pening nie,” Fareez memejamkan matanya. Tubuhnya disandarkan ke kerusi
berhadapan Amirul. Tangannya memicit-micit kepalanya yang mulai sakit.
“Kau
nak aku check ke? Doktor bukan boleh check diri sendiri, sini aku tolong checkkan,” Amirul bersenda. Sengaja dia membetulkan kaca matanya dan
membuat lagak seorang doktor ingin memeriksa pesakitnya. Fareez memandang
Amirul tajam.
“Hei
Doktor Amirul, aku cakap betul-betul la ni, aduh,” Fareez merengus geram.
Niatnya untuk meminta pandangan sahabat karibnya yang sudah beranak dua itu,
boleh pula dibuat main-main. Amirul tertawa melihat Fareez yang kelihatan
bengang.
“Sekarang
kau explain betul-betul boleh tak?
Kau masuk bilik aku, tetiba je kata yang kau nak kahwin? Agak-agak la wei, at least make an explanation, not just a
pure statement,” Amirul menegur sahabatnya. Entah apa-apa, angin tak ada,
ribut tak ada, tetiba ja sebut nak kawin, mau tak terkejut.
“Okay, kau dengar baik-baik. I won’t repeat, okay?” Fareez memulakan.
“Okay, start!” Amirul
berkata.
“Papa
aku ngan Uncle Razak adik-beradik angkat, well,
in matter of fact, diorang ni bestfriend.
Then, kau pun tahu yang Papa aku anak yatim sejak kecik kan? Papa aku ni
kiranya macam anak angkat ayah Uncle Razak la, Atuk Ki. Whatever it is, arwah Atuk Ki tinggalkan wasiat terakhir dia yang
satu-satunya anak perempuan Uncle Razak perlu kahwin dengan anak lelaki sulung
Papa aku, that’s me because the oldest is
my sister which is a woman, get that?” Fareez menerangkan.
“Wasiat?
Papa kau ngan Uncle Razak tau tak?” Amirul bertanya.
“Nope. The will be kept secret until Fina’s
22nd birthday date, kelmarin dulu tak silap aku. Itu yang aku
pun baru tau kelmarin, kepala aku pun dah mula pening ni. Tetiba Papa aku suruh
kahwin? I CAN’T BELIEVE THAT!” Fareez bersandar lama ke kerusi. Matanya
dipejam rapat. Amirul memandang sahabatnya lama. Zaman sekarang pun ada lagi
kahwin atas wasiat rupanya.
“Fina?
Your future wife?”
“Might be.”
“Riz,
aku tak rasa salah, kau kahwin je la. Kau nak membujang berapa lama lagi? Nurse-nurse yang bujang ramai minat kau,
sorang pun kau tak layan. Baik kau kahwin je, takde la aku rimas dengan diorang
tu. Mujurlah aku ni dah kahwin, ade anak 2 orang lagi, kalau tak? Mesti senasib
dengan kau,” Amirul tersengih.
Fareez sememangnya digilai ramai
sejak di universiti. Tubuh badannya yang sasa, tinggi serta berwajah persis
Inggeris yang diwarisi dari sebelah ibunya yang merupakan kacukan
Belanda-Melayu sememangnya menarik perhatian. Sekali imbas, ala-ala pelakon
Hollywood gitu.
Fareez
membuka matanya. Sebelah tangannya diletakkan di atas meja untuk menongkat
dagunya. “Aku tak kenal langsung sape
Fina tu. Baru 22 tahun, budak lagi tu. 6
years younger than me, and you expect me to married her?” Fareez mengeluh.
Amirul mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Budak?
Aku kawin dengan Mira dulu masa kitorang still
22 years old, okay? Dah cukup matang dah 22 tahun tu. Kau ni, belajar
tinggi-tinggi pun kau boleh panggil dia budak? Perempuan lebih matang 2 tahun
dari usia sebenar berbanding lelaki. It
means that she’s already 24, hence, only 4 years younger than you. Okay le
tu. Kau ni…cuba la buka minda kau tu, Riz. Dan takde salahnya kalau kau
bercinta selepas kahwin. Lagi pun, tu pilihan keluarga kau, berdoa je la minta
supaya dia tu jodoh terbaik kau,” Amirul menasihatkannya. Fareez terdiam lama.
Dia sedar ada benarnya kata-kata Amirul. Akhirnya, dia melepaskan keluhan
berat.
“Hurm, guess you’re right. Jom la balik, shift kau dah habis kan?” Fareez
berdiri.
“Kau
balik dulu la, Mira tak habis lagi operation,
jap gi la aku balik,” Amirul menjawab.
“Okay,
aku balik dulu. Thanks for lending your
ears and your advices,” Fareez menghulurkan tangannya.
“Anytime,” Amirul menyambut huluran
tersebut sambil tersenyum.
*****
“Fina,
Daddy dah slow talk ngan Uncle Zam,
kitorang decided yang korang akan
bertunang by the end of this month, 31st
August, and your wedding day on 1st October,” Dato’ Sri Razak
berkata.
Fina sendiri tidak tahu apa yang
perlu dia katakan. Setelah berbual dengan rakan-rakannya, dia membuat keputusan
untuk menerima sahaja perkahwinan tersebut, namun akan bahagiakah dia? Mendirikan
rumahtangga dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali, mampukah dia mengecap
kebahagiaan? Adakah perkahwinan tersebut akan mengganggu kehidupannya sebagai
seorang mahasiswa? Dan yang paling penting, bersediakah dia untuk menggalas
tanggungjawab sebagai seorang isteri? Fina melepaskan keluhan berat.
“Daddy, Fina boleh terima, tapi Fina
tak nak jumpa dia langsung sampai hari perkahwinan kitorang. Fina tak nak ambil
tahu langsung pasal perkahwinan ni. Mummy ngan Daddy handle sendiri everything. Fina kahwin atas dasar wasiat semata-mata.
Masa depan Fina, Mummy ngan Daddy yang tentukan, so, in case, if anything
happens in future, that’s not my fault, it’s yours. Fina baru je masuk Sem
5, Fina tak nak serabut fikir pasal masalah kahwin ni sampai tak boleh nak cover subjects for my final years. If you
can accept my condition, I’ll marry him,” Fina memutuskan. Dato’ Sri Razak
dan Datin Nora ternyata terkejut
mendengar permintaan Fina. Mummy kelihatan ingin membantah, namun Daddy lebih
pantas bersuara.
“Okay, Daddy ngan Mummy akan
bincang ngan family diorang nanti, tapi
rasanya kitorang boleh je terima apa yang Fina cakap,” Daddy menjawab. Dia
terkejut pada mulanya apabila mendengar apa yang Fina katakan, namun ada benarnya
kata-kata Fina. Fina sememangnya pelajar yang bijak sejak kecil, sudah tentu
dia tidak mahu ada sebarang halangan yang mengganggu pelajarannya. Tambahan
lagi, tahun ini merupakan tahun terakhirnya sebagai mahasiswa.
“Then, I’ll accept this marriage,” Fina berkata lalu bergerak ke
biliknya. Selepas mengambil wudhuk, Fina pantas menunaikan kewajipannya sebaik
sahaja mendengar azan Asar. Fikirannya yang sudah kusut memikirkan hal
perkahwinan tersebut perlu ditenangkan.
*****
“Okay, itu syarat yang Fina kasi.
Papa ngan Mama setuju dengan ape yang Fina cakap. Dia perempuan, muda pulak tu,
memang dia perlukan masa untuk tenangkan fikiran dia. Dan she’s still a student. Riz setuju ngan Papa kan?” Dato’ Sri Azam
berkata kepada anak lelakinya. Fareez memandang Papanya dengan pandangan
hairan.
“Look
, Papa. She’s clearly reluctant to accept this marriage. Kenapa perlu
diteruskan?” Fareez menolak. Jika gadis itu enggan berjumpanya sehingga hari
perkahwinan, bukankah sudah jelas gadis itu terang-terang menolaknya?
“Korang kena kahwin atas wasiat
semata-mata, bukan atas kerelaan korang. Ya, memang Papa nampak yang dia tak
dapat nak terima perkahwinan ni, tapi dia teruskan atas dasar wasiat. Riz,
takde salahnya kalau korang bercinta lepas kawin. Riz takde sesape lagi kan?
Fina pun takde sesape, setahu Papa. Papa dan Mama bahagia je bercinta lepas
kahwin, kenapa korang tak?” Papanya bertegas. Wajah anak terunanya direnung
tajam.
“Tapi Papa. Kenapa cepat sangat nak
kahwinkan kitorang? Papa ngan Mama tak rasa macam express sangat ke? Wasiat tu baru je tau, terus nak kahwinkan
kitorang? At least, give us time to
prepare first,” Fareez masih berdegil. Lagi dua bulan, dia akan bergelar
suami? Tak masuk akal betul lah.
“Apa masalahnya? Lagi cepat, lagi
bagus. Since both of you still single,
more better. Karang tunggu lama-lama, benda lain pulak jadi. Lagipun, Riz
dah pernah hadiri kursus kahwin kan? Fina tu pun, awal-awal lagi dah hadirkan
diri sebab temankan sepupu dia yang baru kahwin tahun lepas. Everything
settled, right? Nak prepare apanya?
Umur Riz tu sepatutnya dah ada anak pun,” Papanya semakin bersuara tegas.
Fareez sedar, walau apa pun jawapan yang diberikannya, perkahwinan tersebut
tetap akan berlangsung.
“Fine pa. Then, Riz pun sama macam Fina. Mama ngan Papa
uruskan sendiri perkahwinan kitorang. Riz tak nak ambil tau langsung,” Fareez
memutuskan lalu bergerak keluar. Dato’
Sri Azam dan Datin Balqis terdiam melihat anak bujang mereka yang pantas
menghidupkan enjin keretanya, lalu dipandu laju menuju ke apartment bujangnya.
*****
Suasana kuliah yang tadinya
riuh-rendah mulai lengang apabila para pelajar mulai meninggalkan dewan kuliah.
Maklumlah, hari ini sudah hari Khamis, hari Jumaat keesokannya sudah tiada
kelas mahupun kuliah. Para pelajar kelihatan riang meninggalkan dewan kuliah
setelah 3 jam memaksa diri untuk menumpukan perhatian terhadap kuliah Mr. Edward
tersebut.
Kelihatan gadis yang berambut
panjang hitam kilat yang dibiarkan lepas siku sedang mengemas barangan
kuliahnya. Sahabatnya yang berselendang Pashmina hijau lumut di sebelahnya
masih meletakkan kepalanya di atas meja kuliah beralaskan lengannya.
“Kau ni, kemas lah cepat barang.
Tak nak balik ke?” Fina menepuk Syida perlahan.
“Aduh, mengantuk giler la kelas Mr. Edward tadi. Camne la kau boleh
tegak je tadi?” Syida bertanya hairan. Dia sekadar menumpukan perhatian
sepenuhnya ketika satu jam pertama, kemudian perlahan-lahan perhatiannya mulai
berkurang.
“La, seronok la tadi. Aku suka je,
ala, kau tu sebab tak minat kan?
Sepatutnye kau paksa je bagi minat. Kalau tak boleh nak pay attention dah, kau gi
je ladies macam si Ica tu,” Fina
menunjuk ke arah Ica yang sedang berjalan masuk ke dewan kuliah sambil
tersengih.
“Entah Syida, kau pergi je ladies, percik sikit air kat muka, pastu
okay le,” Ica menjawab.
“Ha’a, pastu lesap sampai habis
kuliah kan…” Syida memerli.
“Ala, aku terjumpa ngan Zack tadi,
itu yang kitorang sembang-sembang jap,” Ica cuba membela diri.
“Sempat lagi kau date ngan balak kau, kan? Adoiya,” Fina
menggelengkan kepalanya. Ica sekadar tersengih, lalu mula menggalas beg
kuliahnya yang sudah dikemaskan sebelum ke tandas.
“Okay lah. Jom gi makan. I’m totally starving now, lunch pukul 1,
sekarang dah pukul 5, kebulur siot ni. Zack, Joe ngan Adam dah ade kat luar,
tunggu kita,” ujar Ica. Zack merupakan teman lelakinya, manakala Joe teman
lelaki Syida. Mereka berlima selain Joe bersahabat karib sejak di bangku
sekolah menengah lagi dan sememangnya mereka sangat akrab.
Mereka bergerak keluar meninggalkan
dewan kuliah yang sudah lengang. Kelihatan 3 orang jejaka tersebut sedang
menunggu di bangku panjang di luar dewan kuliah. Melihatkan mereka bertiga
berjalan keluar, 3 orang jejaka tersebut berdiri. Adam, jejaka berwajah ala-ala
Korea yang diwarisi dari ibunya yang berdarah Cina bergerak mendapatkan Fina.
“Bagus betul la korang ni kan? Aku
tengok tadi punya ramai students
berebut nak keluar dewan, korang steady je
kan?” ujar Adam.
“Aku malas nak berebut, steady sudah. Korang habis awal ke lecture?” Fina bertanya. Kelihatan 3
jejaka tersebut mengangguk.
“Ha’a, pukul 4.30 dah habis. Aku hantar mesej, bukannya kau
reti-reti nak baca kan?” Adam memerlinya.
“Eh? Really? Sori la, aku ter‘khusyuk’ dengar lecture tadi,” Fina memohon maaf setelah melihat mesej Adam yang
terpapar pada skrin telefon bimbitnya.
“Aku agak dah, kau memang la best student,” sengaja Adam menekankan
dua perkataan terakhir.
Laju sahaja Fina menampar lengan
Adam, “Ai, makan dalam nampak. Mulut kau takde insuran wei? Aku dah cukup lapar
ni, karang dengan kau pun aku telan.” Adam sudah tertawa.
“Jom lah. Kau tengok 2 couple tu, jalan tak ingat kawan wei.”
Adam memerli mereka berempat yang sudah berjalan jauh di hadapan bersama
pasangan masing-masing. Suaranya sengaja dikuatkan.
“Kalau nak tunggu korang dua orang habis
gaduh, alamat kebulurlah makwe aku ni,” Zack menjawab sambil mengalihkan
pandangan ke arah mereka berdua.
“Sape nak belanja ni wei?” Fina
bertanya.
“Sendiri makan, sendiri poket ya,”
Joe pula menjawab. Fina mengalihkan pandangan ke arah Adam yang berjalan
seiringan dengannya.
“Wei, Adam. Apa kata kau belanja
aku, kau kan kawan aku yang paling baik.” Lengan Adam yang berkemeja kulit
ditariknya sambil tersengih. Adam merenungnya lama.
“Apa kata kau kiss pipi aku, konfem sebulan aku belanja kau,” Adam menjawab
nakal, sengaja ingin mengusik. Fina pantas menampar kuat lengan Adam, mukanya
sudah merona merah.
“Benci lah kau ni. Kau suruh makwe
kau, si Zati tu la. Malas aku nak layan kau,” Fina berjalan laju. Ada ke patut
suruh aku kiss dia? Gila ke apa?
Adam yang ditinggalkan di belakang sudah tertawa. Niatnya cuma ingin mengusik,
tak sangka pula Fina nak bereaksi begitu. Pantas kakinya mengejar Fina, lalu lengan
Fina yang berblaus panjang ditariknya.
“Wei, sori la. Aduh, kau ni. Aku
gurau pun, nak marah ke? Aiyok, sori okay? Aku belanja kau la, okay?” Adam
berkata. Fina memandangnya, lalu merentap kembali lengannya minta dilepaskan.
Adam melepaskan pegangannya.
“Kau ni, tak perlu nak berdrama la
kat sini. Tau takut? Kau belanja aku sampai kenyang ek?” Fina tersengih.
“Orait, kau punya pasal. Aku on
je.” Adam mengangkat ibu jarinya.
*****
Suasana di perpustakaan kolej tersebut
sangat lengang. Hari ini merupakan hari Sabtu yang sepatutnya hari cuti. Namun,
bagi Fina, dia lebih selesa untuk membuat tugasan di perpustakaan tanpa
sebarang gangguan. Buku-buku rujukan yang boleh digunakan banyak, internet juga
laju, mudah untuk menyiapkan sebarang tugasan.
Fina yang memandu sendiri dari
rumah keluarganya yang pertama tiba. Ica dan Syida yang berkongsi rumah sewa
belum tiba, termasuklah Zack, Joe dan Adam yang juga berkongsi rumah sewa.
Tugasan yang diterima melalui e-mailnya
mula dibaca. Tidak lama kemudian, Fina melepaskan keluhan berat. Susahnya assignment ni. Dah nama pun final year student kan?
“Fina, kau dah siapkan assignment Madam Kim?” kedengaran suara Adam yang baru melabuhkan
punggung di sebelahnya. Jejaka persis Korea tersebut memandangnya.
“Belum lah. Dah pening dah kepala
aku nie,” Fina menjawab. Kepalanya diletakkan ke atas meja perpustakaan.
“Kesiannya kawan aku ni. Meh aku
tolong kau,” Adam mula menghidupkan laptopnya.
“Kau dah mula ke?”
“Hehe, tak lagi pun. Ala, ni aku
nak mula la nie,” Adam tersengih.
“Ish kau ni, Adam, entah pape la.”
Fina mengangkat kepalanya dan bersandar di kerusi. Tugasan tersebut dibacanya
sekali lagi untuk memahami kehendak sebenar tugasan tersebut.
Tidak lama kemudian, Syida dan Ica
tiba bersama Joe dan Zack. Mereka melabuhkan punggung di kerusi berhadapan
dengan Fina dan Adam.
“Banyak lagi korang nye assignment?” Syida bertanya sambil mula
menghidupkan laptopnya.
“Banyak lagi? Tak mula lagi pun,
Cik Syida. Aku baru je selesai baca kehendak tugasan ni. Baru dapat tadi,
memang tak mula lagi la kan. Aku ni bukannya rajin sangat pun.” Adam menjawab.
Beberapa minit kemudian, selesai
sahaja menghidupkan laptop masing-masing,
mereka mula sibuk membincangkan tugasan.
*****
“Fina, jom makan sekali? Aku
belanja,” Adam mengajak Fina makan sesudah mereka selesai menyiapkan tugasan.
Jam sudah menunjukkan jam 5 petang.
“Jom
la. Aku dah lapar gila ni, letih siapkan assignment
punya pasal,” Fina bersetuju. Perutnya sudah berkeroncong. Rambut lurus
hitam pekatnya dirapikan.
“Kau
belanja ke, Adam? Seronoknya,” Ica tersengih.
“Takdenya.
Aku belanja Fina je, my bestfriend,
korang suruh BF korang la belanja,” Adam pantas menolak.
“Untunglah
orang tu ade kawan baik,” Ica menarik muka empat belasnya.
“Memang
untung pun. Nape? Kau jeles ke?” Adam bersenda. Dia berdiri, lalu membetulkan
jaket kulitnya.
“Tak
hingin pun. By the way, makwe kau tak
jeles ke?” Ica memerli. Nanti apa pula kata teman wanita Adam, si Zati tu.
“Nak jeles
apa benda nya? Fina ni besfriend aku,
Zati tu girlfriend aku. Takde apanya
yang nak jeles,” Adam mula menggalas beg kuliahnya.
“Entah
kau ni Ica, kitorang kawan baik la. Lainlah kalau aku ni ade hati ngan si Adam
ni,” Fina menggeleng. Mulutnya sengaja dijuihkan kepada Adam.
“Ai Cik
Fina, tak perlu la nak buat muka menghina aku macam tu. Aku ni lelaki Korea
idaman gadis-gadis Malaysia tau? Kau ni kira beruntung la dapat kawan ala-ala
Korea gi tu,” Adam mendabik dada. Wajahnya sememangnya persis Korea kerana
darah Cina ibunya yang mengalir dalam dirinya.
“Cheh,
ha’a, amik la kat kau mamat ala-ala Korea. Aku minat lelaki Korea je, bukan
ala-ala Korea ek? By the way, aku lapar gila dah ni. Jom gerak,” Fina berkata lalu
menggalas beg laptopnya. Adam mengikut dari belakang diikuti rakan-rakan yang
lain.

No comments:
Post a Comment