Dato’ Sri Azam dan Datin Balqis
sedang khusyuk menonton siaran televisyen ketika mereka terdengar bunyi enjin
kereta yang sedang bergerak masuk ke halaman Vila Idaman. Tumpuan mereka
terganggu.
“Sape tu Qis?” Dato’ Sri Azam
bertanyakan isterinya. Laju sahaja Datin Balqis bergerak ke jendela ruang tamu.
Kain langsir yang menutupi jendela diselaknya. Kelihatan anak lelaki bujangnya,
Fareez sedang bergerak menuju ke pintu rumah. Enjin kereta telah dimatikan.
“Riz balik, bang.” Datin Balqis
kembali melabuhkan punggung di sofa bersebelahan suaminya sebaik sahaja
mendengar bunyi pintu rumah dibuka dari luar.
Dato’ Sri Azam dan Datin Balqis
menjawab salam apabila terdengar suara anak bujang mereka memberi salam.
Kelihatan Fareez yang segak berbaju kemeja hitam berjalan ke arah mereka, lalu
terus menyalami Mama dan Papanya. Gayanya macam baru balik dari kerja sahaja.
“Riz baru balik kerja ke?” Mamanya
bertanya.
“Ha’a Ma. Papa suruh balik tadi.”
Fareez menjawab lalu mula mengambil tempat di sofa bersebelahan mereka.
Badannya terus disandarkan ke sofa. Lenguh sungguh badannya, sepanjang hari
berhadapan dengan pesakit. Bergelar
doktor sakit puan, biasalah itu.
“Riz tau tak esok hari apa?”
Papanya memulakan mukadimah. Entah dia perasan ke tak la. Papanya merenung anak
lelakinya lama. Fareez memandang Papanya hairan. Hari Ahad, kan? Ada pape ke?
Fareez berfikir lama.
“Hari Ahad la. Kenapa?” Fareez
menjawab setelah berfikir sebaik-baiknya. Nak kata hari lahir ahli keluarganya,
tak pula. Ulangtahun perkahwinan Mama dan Papa? Dua bulan lepas. Wajah Papanya
dipandang. Papanya melepaskan keluhan berat, Mamanya mula menggelengkan kepala.
Dah agak dah. Fareez. Fareez.
“Esok, your engagement day,” ujar Dato’ Sri Azam. Fareez kelihatan
terpinga-pinga. Esok? Maknanya lagi sebulan je la aku bakal jadi suami orang?
Aduh. Kepalanya mula terasa pening.
“You forgot that, right?” Mama pula memandangnya lama apabila
Papanya sudah menggelengkan kepala. Fareez tersenyum kambing. Aduh, macam mana
la aku boleh lupa ni?
“Well, I’m kind of busy this month. Patients ramai giler,” Fareez
menjawab pendek. Mesti kena fire la
japgi ni. Rambutnya dikusutkan. Aiseh.
“You
know what? Not only this month, everytime… since you became a doctor, you’re totally workaholic. I keep
telling you, right? Try to get a life, Fareez!” Papanya mula bersuara.
Anaknya ni, tak habis-habis, kerja je yang ada dalam otaknya. Macam mana la
bila dah bergelar suami nanti? Kesian si Fina tu nanti. Papanya tu pun sibuk
juga di pejabat, dengan mesyuarat, kursus apa semua, tapi pandai-pandai la uruskan
masa untuk keluarga dan kerja.
Fareez tersengih. Aku dah agak dah,
mesti kena punya la. Nak buat macam mana. Alang-alang takde benda lain nak
buat, baik aku buat je keja. Bukan ada bini nak kena jaga pun. Well, belum ada sebenarnya. Bakal isteri
ada la. Namun, sekadar diomel dalam hati. Kalau dijawabnya begitu, mesti lagi
teruk la kena nanti.
“Riz, esok Papa, Mama, Kak Fiza ngan
Lin akan gi rumah Fina. Ada lagi la saudara-mara kita yang lain akan ikut. Riz
pun tau yang si lelaki tak sepatutnya ada sekali kan? Itu je yang Papa nak
maklumkan. Nanti Riz tak sedar pula yang Riz tu dah jadi tunangan orang.”
Papanya memandangnya. Fareez mengangguk faham.
“Riz, pastikan Riz dapatkan cuti
seminggu untuk majlis perkahwinan tu. Tarikh perkahwinan tu masa Fina midsem break. Akad nikah korang nanti
hari Isnin, kemudian terus majlis perkahwinan sebelah perempuan. Hari Rabu
pula, majlis pihak kita. Lepas tu, korang mesti nak ke apartment Riz kan? Nak
kemas-kemas apa yang patut. Bab bulan madu korang, maybe Fina nak tunggu sampai graduate
dulu, itu korang bincang la sendiri. Yang pastinya, better Riz ambil cuti seminggu, memang akan sibuk nanti.” Mamanya
mula berpesan. Fareez mengangguk lagi.
“Tapi Mama ngan Papa yang akan handle yang lain tu kan? Kalau Riz nak
ambil cuti sampai seminggu nanti, memang Riz sibuk lah sebelum cuti nanti,”
Fareez menjelaskan.
“Ha’a… Papa ngan Mama faham yang
tu.”
“Ermm… Fiz mana ni? Tak nampak
batang hidung pun.” Matanya mula mencari-cari adik lelakinya yang seorang tu.
“Ada je kat bilik dia. Tengah
berkemas barang, esok kan dia nak gi camping
ngan kengkawan dia. Itu yang dia tak ikut esok.”
“Oh, takpe la Mama, Papa. Riz naik
dulu la, lama tak jumpa ngan si Fiz tu.” Fareez mula bergerak menuju ke tingkat
atas rumah.
Setibanya di hadapan bilik adiknya,
pintu bilik diketuk. Sebaik sahaja mendengar balasan dari Hafiz, pintu bilik
dibukanya. Kelihatan adiknya sedang menutup zip beg campingnya.
“Eh, Abang Riz. Bila balik?” tangan
Fareez disalami.
“Lepas solat Asar kat hospital
tadi, Abang Riz balik terus la. Papa suruh balik,” Fareez bergerak menuju ke
arah Hafiz lalu melabuhkan punggung di sebelah adiknya yang sedang bersila di
atas karpet.
“Oh, pasal majlis pertunangan tu?
Sori la, Fiz tak dapat nak ikut sekali.”
“Ala, takde apanya. Bukan majlis
kahwin pun, kalau kau takde masa majlis kahwin Abang Riz nanti, memang nahas
la. Setakat majlis pertunangan tu, Abang Riz pun takde kan.”
“Abang Riz okay ke ni?” Hafiz
merenung abangnya lama. Fareez mengangkat keningnya.
“Okay? Okay je, kenapa?”
“Takde la. Honestly, kalau Fiz, mesti Fiz tak dapat nak terima arranged marriage macam ni,” Hafiz
bersimpati terhadap abangnya yang terpaksa mengahwini gadis yang tidak
dikenalinya. Fareez tersenyum memandang adiknya.
“Kau tak dapat nak terima sebab kau
dah ade orang kan? Abang Riz ni tak sempat nak bercinta ngan sesape lagi selama
ni, itu yang mau tak mau, Abang Riz takde pilihan la. Lagipun, macam yang Papa
cakap la, umur Abang Riz ni, patutnya dah ada anak pun,” Fareez tersengih
mengingatkan kata-kata Papanya.
“Hurm, takpe la kalau macam tu.
Pape pun, tahniah le Abang Riz. Bakal tunang orang, pastu bakal suami orang,”
Hafiz tersengih lalu menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat.
Laju sahaja Fareez mengetuk kepala
adiknya. Hampeh betul. Tadi cakap macam simpati je kat aku. Tengok-tengok, nak
kenakan aku pulak. Mereka tertawa.
*****
Fina sedang sibuk melipat baju
sambil menonton Music bank di siaran
KBS, Astro di ruang tamu rumah sewa Ica dan Syida. Memang kadang-kadang dia
tinggal di rumah mereka, kadang-kadang di rumah keluarganya. Semuanya
bergantung kepada keadaan. Syida sedang mengemaskan almari pakaian di biliknya,
manakala Ica turut menonton bersamanya di ruang tamu.
“Fina, majlis pertunangan kau esok
kan?” tanya Ica.
“Ha’a,” Fina menjawab ringkas.
Matanya masih tertancap pada persembahan kumpulan idol Korea, 2PM di skrin
televisyen.
“Kau takde rasa pape ke?” Ica
bertanya hairan.
“Tak.”
“Kau ni, aku tanya betul-betul ni.
Cuba pandang aku, bila cakap, aduh. Karang aku tutup TV, baru kau tau.” Ica
merengus geram. Boleh buat tak tau je kawan dia ni. Sebaik sahaja persembahan
dari 2PM tersebut selesai, Fina memandang Ica
“Kenapa Miss Ica? What’s the matter?” Fina bertanya malas.
“Look, esok, kau nak bertunang, okay? Pehal kau relaks siot?” Ica
bertanya hairan. Pelik sungguh melihat sahabatnya yang bereaksi seolah-olah
esok hari tiada apa-apa yang istimewa akan berlaku.
“Abis? Kau nak suruh aku buat ape?”
Fina menyambung lipatan kainnya.
“Kau ni, Fina. Ica tu, nak tanya,
kau tak rasa nak balik rumah parents kau
ke dah nak engage esok? Lagi mau
tanya ka?” Syida yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu menyampuk. Ica
mengangguk mengiyakan kata-kata Syida.
“Memang aku nak balik pun malam ni,
korang follow tau? Mummy aku dah
bising sebenarnya, saje aku buat tak tahu,” Fina menjawab.
“Kau ni, memang terbaiklah, Fina.
Suka betul inform last minute kan?
Aku ade date ngan Zack esok,” ujar
Ica selamba. Syida memandang Ica hairan, kemudian terlihat Ica yang mengenyit
mata ke arahnya.
“Ha’a la, Fina. Baru tadi je Joe call aku ajak keluar esok. Ala, kau nak
bertunang je kan? Masa kau kahwin nanti, kitorang ada la. Sori ek, Fina?”
sengaja Syida turut serta untuk mengenakan Fina, lalu membalas kenyitan mata
Ica. Fina yang sedari tadi kembali menonton siaran KBS, pantas mengalihkan
pandangan ke arah kedua-dua sahabatnya. Eh, biar betul diorang ni?
“Hah? Betul ke? Korang ni, sampai
hati. Kawan baik korang nak bertunang pun, korang sempat lagi nak gi dating, korang tak kesian ke kat aku
ni?” Fina bersuara sedih. Memang sedih pun sebenarnya, siapa lagi yang nak
menemaninya nanti? Suasana senyap seketika. Syida melabuhkan punggung ke
sebelah Ica. Ica tersenyum melihat raut wajah Fina yang muram. Tangannya
ditepuk ke tangan Syida.
“Kitorang gurau je. Aku ngan Syida
dah kosongkan awal-awal lagi tarikh kau nak bertunang. Itulah kau, aku ingat
kau tak kisah sangat dengan majlis pertunangan kau tu,” Ica memerli. Sengaja
ingin mengusik Fina tadi kerana geram melihat Fina yang endah tak endah sahaja
meskipun bakal bergelar tunangan orang.
“Entah. Takkan la kawan baik
kitorang ni nak bertunang, kitorang takde? Tak boleh la macam tu.” Syida
tersengih.
“Really? Ini yang aku sayang korang ni,” laju sahaja Fina memeluk
kedua-dua sahabat kesayangannya itu. Wajahnya yang muram kembali riang. Jelas
kelihatan kedua-dua lesung pipit pemanis mukanya.
“Ha’a. Kitorang kan kawan baik kau.
Dah la, jom kemas, barang ape yang nak bawak balik rumah kau. Dah hampir pukul
7 ni. Pas Maghrib, kita gerak. Nak tunggu Isyak, alamatnya pukul 9 baru boleh
gerak, so better solat kat rumah kau
je la.” Syida memutuskan.
*****
Setibanya di perkarangan rumah Vila
Indah pada pukul 8.30 malam, kelihatan Datin Nora terkoncoh-koncoh berlari-berlari
anak ke arah mereka. Manakala, Mak Yam, pembantu rumah mereka pula mengikut
dari belakang. Sebaik sahaja Fina membuka pintu, Mummynya terus menerpa ke
arahnya lalu memeluknya. Fina memandang Mummynya hairan.
“Mummy ni kenapa? Are you okay?” Fina bertanya Mummynya
yang kelihatan kelam-kabut semacam sahaja.
“Fina ni, Mummy ngan Daddy dah mula
gelabah dah. Esok nak bertunang pun tak sampai-sampai lagi. Nape Mummy call tak angkat-angkat? Fina ni, memang
pening dah kepala Mummy ngan Daddy ni, tau?” Mummynya mula berleter. Geram pula
dengan sikap Fina yang endah tak endah sahaja meskipun bakal mengikat tali
pertunangan. Sebulan lagi, bakal bergelar isteri, boleh buat derk je.
“Ala, Mummy. Fina kan student? Ada assignment lagi, biasa la tu. Mummy ni mula nak fikir yang
bukan-bukan la tu,” Fina menggelengkan kepalanya. Tangan Mummynya dicium.
Kasihan pula melihat reaksi Mummynya tersebut.
“Mana nak tau. Mummy ingat Fina dah
jauh hati ngan kitorang,” Mummy bersuara sedih.
“Mummy ni, Fina bukannya
budak-budak lagi Mummy. Fina tau mana baik, mana buruk, okay? Dah la, jom
masuk, Daddy mana?” Tak nampak pula kelibat Daddynya.
“Daddy ada je kat atas. Jom la
masuk. Lega hati Mummy ni.” Mummynya memandang ke arah Ica dan Syida yang sudah
terpinga-pinga melihat drama dua beranak tersebut. “Ica, Syida, jom masuk.
Korang tido sini kan?”
“Ha’a, nak temankan bakal tunangan
orang ni. Karang nervous sangat
pula.” Syida tersenyum mesra lalu bergerak menyalami tangan Datin Nora diikuti
Ica. Mereka bergerak menuju ke ruang tamu. Kelihatan ruang tamu yang sudah
cantik dihias untuk acara keesokan harinya.
“Wah, bukan main Mummy hias rumah.
Nak bertunang je kan, Mummy?” Fina memandang Mummynya.
Ruang tamu tersebut dihias dengan
meriah sekali. Kelihatan pintu gerbang untuk menyambut rombongan lelaki esok
hari yang dihias cantik dengan bunga-bungaan dan daun-daun hijau. Mummy yang
sememangnya menyukai warna hijau
menghiaskan ruang tamu dengan tema krim yang dibangkitkan dengan warna
hijau pucuk pisang. Kelihatan di tengah-tengah ruang tamu, terdapat sebuah
kusyen petak berwarna hijau lumut. Mungkin untuk didudukinya esok ketika
disarungkan cincin, telahnya.
“Apa
yang bertunang saja? Bertunang tu pun penting Fina, sebagai tanda nak menyambut
kedatangan ahli keluarga baru.” Mummynya memandangnya tajam. Boleh pula Fina anggap
majlis pertunangan itu seolah-olah acara biasa.
“Iye,
Mummy. By the way, rombongan diorang
datang waktu bila?” Fina memandang Mummy.
“Sebelum
Zohor,” kedengaran suara Daddy yang sedang bergerak turun ke ruang tamu.
“Hah?
Awalnya!” Fina bersuara terkejut.
“Memang
la awal. Daddy call nak gitau tak
reti-reti nak angkat.” Daddy menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak
perempuannya. Ini baru majlis pertunangan. Entah macam mana la majlis
perkahwinannya nanti.
“Sori
la Daddy, Fina tak perasan Daddy call.
Battery empty.” Fina memohon maaf, lengan Daddynya dipeluk. Memang bateri telefonnya habis tadi, tapi
sengaja dia tidak mengecasnya kerana sudah letih mendengar leteran Mummynya.
“Banyak
je alasan Fina kan.” Daddy mencubit pipi anak manjanya tersebut. Fina. Fina.
Macam-macam la perangai anak gadisnya itu.
“Wedding day nanti jangan buat perangai macam ni dah, okay?” Mummy
merenungnya tajam.
“No way. You promised me both of you would
handle everything.” Wajah Daddynya dipandang meraih simpati. Daddynya
mengangkat kening. Belum sempat Daddy bersuara, laju sahaja Mummynya menjawab.
“Memang
la kitorang handle everything. Tapi
pengantin perempuannya pun perlu la mainkan peranan. Pergi ke spa, butik
kecantikan, ambil ukuran untuk pakaian pengantin, solekan apa semua tu.”
“Solekan?
Mummy, you’re kidding! There’s no way I
could wear those things,” Fina bersuara tidak puas hati. Kalau nak
berkahwin, memang masalah paling utama bab bersolek. Habis tebal la mukanya
nanti, sudah lah dia paling tak suka bab-bab mekap tebal ni. Biasanya dia
sekadar mengenakan bedak muka dan
pelembab bibir sahaja.
“Ish,
dah nama pun pengantin. Fina ni, merepek la,” Mummynya merengus geram. Masa itu
la waktu paling sesuai nak melaram pun. Sekali seumur hidup. Fina membalas
renungan tajam Mummynya. Aduh, benci betul la bab-bab mekap ni.
“Takpe
lah Auntie, biar Ica ngan Syida je mekapkan Fina ni. Kitorang ni boleh tahan
mahir bab-bab mekap ni. Kan Fina?” Ica memandang Fina. Fina ni boleh tahan
keras kepala. Maklumlah, sudah lah anak bongsu, satu-satunya anak perempuan
pula tu.
“Okay,
Fina setuju ngan Ica,” laju sahaja Fina bersetuju. Mummynya mula tersenyum. Ica
dan Syida memang paling boleh diharap jika melibatkan kedegilan Fina, pandai
sahaja mereka nak menguruskan sikap anak gadisnya itu.
“Okaylah,
Auntie serahkan dekat korang dua orang ye? Solek cantik-cantik, tau?” Datin
Nora tersengih ke arah Ica dan Syida. “Ha, esok pun Fina kena juga bersiap
cantik-cantik.” Fina kembali memandang Mummynya. Esok pun kena bersiap?
“Kenapa?
Honestly, Mummy, Fina bukannya tau
pun majlis pertunangan tu macam mana. Along ngan Angah dulu, Fina tak ikut masa
majlis pertunangan sebab ada kat asrama. Fina nak kena buat apa sebenarnya?”
Fina bertanya. Memang dia tak faham. Rasanya cuma perlu pakai cincin je, ada
lagi ke acara lain? Itulah, selama ni tinggal di asrama, apa pun dia tak tahu.
Mummy menarik tangannya ke sofa, lalu melabuhkan punggung di sebelah Daddy. Ica
dan Syida sekadar menurut. Mak Yam sudah ke dapur untuk menyediakan air.
“Majlis
pertunangan ni nak bagi keluarga pihak lelaki berjumpa dengan keluarga pihak
perempuan untuk bincangkan pasal majlis perkahwinan nanti. Bakal mertua Fina
mestilah nak tengok dulu bakal menantu diorang. Nanti Mama Fareez akan
sarungkan la cincin ke jari Fina untuk sahkan yang Fina dah dipinang Fareez.
Tapi, Fareez tak ada pun esok. Memang sepatutnya, majlis pertunangan, si lelaki
takde. Faham? Tapi ahli keluarga kita yang terdekat akan datang la, itu yang
Fina perlu la bersiap elok-elok. Bakal keluarga baru nak datang tengok, kan.”
Mummy menerangkan secara panjang lebar.
Fina mengangguk faham. Mak Yam yang
selesai menyediakan air mula menghidangkan air dan sedikit biskut kepada
mereka. Mereka mula berbincang secara terperinci mengenai majlis yang bakal
berlangsung esok.
*****
Fina
sudah membaringkan tubuhnya di atas katil di bilik tetamu 3 selesai menunaikan
solat Isyak Berbanding biliknya yang mengandungi sebuah katil bersaiz queen, bilik tetamu 3 mempunyai 3 buah
katil bujang, dan merupakan bilik tetamu yang terkecil. Bilik tetamu 1 dan 2
perlu dikosongkan untuk saudara-mara yang akan datang keesokan harinya. Mereka
merapatkan ketiga-tiga katil bujang tersebut.
“Wei,
tetiba aku berdebar la pula nak tunggu hari esok,” Fina merenung siling. Ica
dan Syida tersengih lalu mula bersila di sebelahnya.
“Tau
pun kau kan? Normal la kalau kau nervous.
Kalau kau tak rasa pape, itu yang abnormal
tau?” Ica bermain dengan rambut Fina yang dibiar lepas.
“Camne
kalau family Fareez tu tak suka aku?”
Fina bertanya lagi. Bimbang pula kalau-kalau nanti mereka tidak berkenan
dengannya. Tiba-tiba nak batalkan ke. Aduh, malunye.
“Kau
ni, jauh pulak fikir, kan? Takde la. Trust
me. His parents are totally lucky enough to have you as their future daughter
in-law, tau?” Syida menenangkan Fina.
Sahabat
yang sangat disayanginya, yang sentiasa ada di sisinya saat dia perlukan teman.
Sahabat yang menghargai persahabatan mereka lebih dari segalanya. Fina sememangnya
gadis yang baik dan sangat sempurna di matanya. Sejak pertama kali dia
mengenali Fina sehingga sekarang, selama hampir 10 tahun mereka bersahabat,
Fina tetap Fina.
“Aduh,
ni yang aku nak feeling ni. Bukan
senang Syida nak puji aku, wei,” Fina mencuit Ica.
“Ha’a,
amikla kat kau. Dah nak perasan le tu,” Ica mengusiknya.
“Dah
la, jom tido. Dah nak dekat pukul 11 ni. Esok majlis penting kau ni.” Syida
berkata lalu bergerak ke pintu untuk menutup lampu utama sebaik sahaja Ica
memasang lampu tidur.

No comments:
Post a Comment