Suasana di ruang tamu rumah Dato’ Sri Razak menjadi tegang. Kelihatan gadis berseluar jeans biru dan berbaju kemeja lepas berwarna putih yang sedang duduk di sofa mengerutkan keningnya. Jarinya meraut rambut hitam lurusnya yang dibiarkan lepas melebihi bahunya berkali-kali.
“Pardon? Are you kidding me? Daddy, it’s not funny at all!” Fina
berkata. Suaranya jelas menunjukkan riak tidak percaya.
“I’m not kidding, Fina! You need to get
married!” Dato’ Sri Razak berkata kepada anaknya. Wajahnya sangat serius,
langsung tidak ada segaris senyuman.
“Daddy... I’m still a student, but, then, you
told me that I need to get married? I’m just 22!” Fina tidak bersetuju.
Tangan Mummynya diraih, mengharapkan diberi bantuan.
“Abang,
berilah Fina masa, saya pun tak setuju kalau abang terus paksa dia kahwin. Dia
baru je masuk Tahun 3, abang terus paksa kahwin,” Datin Nora turut tidak
bersetuju. Suaminya memandangnya sejenak, kemudian mengalihkan ke arah anak
gadisnya yang kelihatan seperti ingin menangis.
“Fina, Daddy
nak Fina jawab betul-betul. Fina dah ade orang ke belum? Speak the truth,” Daddynya bertanya tegas.
“Daddy,
Fina memang tak de sape-sape, tapi, Fina muda lagi. Zaman sekarang, kahwin umur
22 tahun? It doesn’t make sense, dad,”
Fina masih berdegil. Keningnya berkerut seribu.
“Fina, Daddy
ngan Uncle Zam kawan baik sejak kecil lagi. Fina tak pernah jumpa diorang sebab
setiap kali ada function, Fina tak
pernah nak ikut. Uncle Zam tu anak angkat Atuk, Fina. Dalam wasiat ade
menyatakan yang Fina perlu kahwin dengan anak Uncle Zam yang kedua, Fareez.
Korang dah dijodohkan sejak kecil, Daddy dengan Uncle Zam pun tak pernah tahu
pasal benda ni, tapi itu wasiat, bukan benda main-main Fina,” Daddynya
berkeras. Bukanlah niat di hati untuk memaksa Fina, kerana Dato’ Sri Razak dan
Dato’ Sri Azam pun baru sahaja tahu mengenai wasiat tersebut. Namun, jika itu
yang termaktub di dalam wasiat arwah bapanya, terpaksalah diturutkan.
“Macam
mane Daddy tak tau? Atuk meninggal tiga tahun lepas. There’s no way you know nothing regarding this. And, at least let me
graduate first,” Fina ternyata masih terkejut.
“Fina, Atuk
memang ade sebut mase korang kanak-kanak, tapi Daddy ngan uncle tak ambil kisah
sangat, rupa-rupanya memang Atuk berhajat. Wasiat itu dirahsiakan until your 22nd birthday, and
yesterday was your birthday. How would I know? What’s wrong in getting married
when you’re still a student?” Daddynya menjawab. Fina sudah tidak senang
duduk. Dia bukanlah anak yang degil, namun apabila melibatkan masa hadapannya,
sudah tentu dia perlu berfikir masak-masak.
“Abang,
kita kena bincang baik-baik dulu. Keluarga Zam terima ke? Anak lelaki dia boleh
terima ke?” Mummynya menyampuk. Dia berasa kasihan melihat anak gadisnya yang
kelihatan sangat resah.
“Itu Abang
tak tahu. Tapi, Fina, whether you like it
or not, Fina kena kahwin. Uncle Zam
pun akan cakap dengan Fareez, so you must
be prepared,” Daddynya berkata tegas lalu meninggalkan ruang tamu.
Fina
membisu seribu bahasa, tidak tahu apa lagi yang boleh dia katakan. Mummynya sekadar
menepuk bahunya, “Fina, nanti Mummy try slow
talk ngan Daddy, okay?” Kemudian Mummynya turut meninggalkan ruang tamu.
*****
Suasana
di rumah Dato’ Sri Azam turut tegang seperti di rumah Dato’ Sri Razak.
Kelihatan pemuda yang persis Inggeris turut
mengerutkan keningnya seperti Fina.
“What? Papa kata apa? Papa, Riz muda lagi la,” Fareez pantas menolak
permintaan Papanya. Laju sahaja dia memberikan alasan muda walhal hakikatnya,
dia sedar umurnya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga.
“Riz
tak muda okay? Riz dah 28 tahun, sedarlah diri tu,” Dato’ Sri Azam berkata.
“Okay, maybe tak muda, but still, in this era, there’s no such thing as kahwin atas wasiat
okay?” Fareez membantah. Rambut coklat keemasannya diraup. Perlukah dia
berkahwin dengan gadis yang tidak dia cintai? Dan sememangnya sangat
keterlaluan untuk dia terus berkahwin dengan gadis yang tidak dikenalinya.
“Riz,
tolong hormat wasiat terakhir tu boleh tak? Lagi pun, Riz pun takde sesape lagi
kan? Apa salahnya kalau Riz kahwin je dengan die?” Papanya berkata.
“Papa, memang
Riz tak pernah jatuh hati ngan sesape, tapi tetiba Papa nak suruh kawin dengan
gadis yang baru 22 tahun? Budak lagi pa,”
Fareez berkata.
“Riz, 22
tahun tu, ape yang budaknya? Memang dah lebih 18 tahun, okay? You need a wife to handle your life. And
you’re totally workaholic! Get a life! Papa tak kira, whatever it is, by the end of
this month, you’re gonna be Fina’s fiancée. And a month from that, you’ll get
married, as the will stated. The end,” Papa memutuskan. Fareez membisu
melihat ketegasan Papanya.

No comments:
Post a Comment