Hampir
jam 2.15 petang, mereka bertiga tiba di Butik Pengantin Aine. Boleh tahan gah
butik tersebut. Maklumlah, butik tersebut biasanya mendapat tempahan dari
kalangan orang berada. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, kelihatan Mummy
dan Mama sedang berbual mesra di satu sudut. Fina bergerak ke arah mereka
sambil diikuti Ica dan Syida di belakang.
“Oh,
dah sampai dah Fina & The Gang.” Mummy tersenyum. Mereka mula menyalami
Mama dan Mummy.
“Ha’a,
dah kelas batal kan. Itu yang free
petang ni. Malam ni pula baru ada kelas,” Fina memaklumkan. Mummy dan Mama
mengangguk tanda mengerti.
“Jom
la, ke sudut sana. Boleh mula bincang,” Mama mengajak. Mereka bergerak ke satu
sudut yang menempatkan sebuah meja bulat yang agak besar dan terdapat beberapa
buah kerusi. Sebaik sahaja mereka mengambil tempat, kelihatan seorang wanita
dalam lingkungan 30-an tersenyum ke arah mereka.
“Datin,
dah boleh mula?” wanita tersebut bertanya sebaik sahaja mereka bersalaman. Mama
mengangguk. “Kenalkan, ini wedding
planner. Adik Mama, Auntie Milah takde. Dia ade kursus kat New York. Minggu
depan baru balik. So, apa-apa, just informkan Kak Ti ni.”
“Ha’a,
akak uruskan bab majlis kahwin. For
dress, nanti Kak Di yang uruskan. So,
kita mulakan ye, Datin?” sebaik sahaja melihat anggukan dari kedua-dua datin
tersebut, Kak Ti mula menunjukkan album. “Kalau ikut, datin kata yang majlis
akan diadakan di dewan kan? Cuma akad nikah di rumah? Jadi untuk Datin Nora,
pihak perempuan, kitorang akan uruskan untuk di dewan dan di rumah. Untuk Datin
Balqis pula, cuma nak hiaskan dewan kan? Sekarang kita mulakan dari pihak
perempuan dulu. Dari keterangan datin dulu, saya dapat lihat yang datin nak
tampilkan tema alam. Tema alam pula terbahagi kepada beberapa, sama ada nak
tampilkan hijau, biru, putih? Kalau hijau, hiasan nanti akan cuba tampilkan
suasana di taman…hutan... Kalau biru, kita boleh cuba bangkitkan imej laut…
pantai… Kalau putih, kita akan cuba tonjolkan imej awan… langit… Mungkin
berbunyi pelik sedikit, tapi datin dan cik boleh tengok sendiri contoh-contoh
hiasan dalam album ni supaya lebih jelas.” Sebuah album dihulurkan kepada
kedua-dua datin, manakala sebuah lagi dihulurkan kepada Fina, Ica dan Syida.
Fina
mula membelek album tersebut. Wah, memang cantik hiasan mereka. Seperti yang
dimaklumkan Kak Ti, apabila warna hijau ditampilkan… dewan dihias supaya
kelihatan seperti taman. Terdapat batu-batu beraneka warna dan bentuk menghiasi
laluan yang bakal dilalui pengantin, dan terdapat pokok-pokok bunga di tepi. Di
muka pintu dewan pula, dihiaskan dengan tumbuhan-tumbuhan menjalar, dan
bunga-bungaan. Para penyambut tetamu berpakaian
hijau putih dan memakai aksesori bunga-bungaan di kepala. Memang bangkit imej
hijau tersebut.
Apabila
tema warna biru pula ditampilkan, terdapat imej laut dan pantai. Laluan
pengantin menggunakan lantai berkarpet biru, manakala di tepian terdapat warna
putih keemasan pasir, kemudian terdapat beraneka cangkerang di atas pasir
tersebut. Jika tadi menggunakan pokok bunga, kali ini menggunakan pokok kelapa
pelbagai saiz. Penyambut tetamu pula berpakaian biru putih dan beraksesori
menggunakan cangkerang. Di pintu masuk, dihiaskan menggunakan pokok kelapa.
Susunan tersebut membangkitkan suasana ala-ala Hawaii.
Album
diselak lagi. Kali ini, kelihatan pula tema putih, dimana merupakan tema awan
dan langit. Berbanding tema hijau dan biru yang cuba membangkitkan tema alam,
tema putih ini lebih berkonsepkan fantasi. Laluan menggunakan karpet putih,
manakala di tepian terdapat hiasan yang tergantung daripada tali yang diikat
pada kedua-dua tiang penghujung. Hiasan-hiasan tersebut terdiri daripada
bintang, bulan, matahari, awan dan burung. Penyambut tetamunya pula memakai
pakaian putih dan aksesori daripada ropol, riben dan kain seperti kapas. Memang
semuanya menarik perhatian. Fina kembali menyelak album tersebut. Tema apa ya?
“Macam
mana datin? Cik?” Kak Ti mula bertanya sebaik sahaja melihat mereka sudah habis
menyelak album tersebut.
“Macam
mana Fina? Kalau ikut Mummy, semua Mummy berkenan. Cantik betul, tapi Fina yang
nak kahwin. Fina prefer yang mana?”
“Erm…honestly, Fina berkenan je semua. Tapi,
rasanya Fina berminat dengan konsep taman ni. Fina kan green lover?” Fina tersengih. Mummy dan Mama mengangguk bersetuju.
“Okay…
bagaimana dengan meja pengantin? Cik nak warna macam mana? Saya cadangkan
menggunakan warna putih tetapi dibangkitkan warna hijau dan bunga-bungaan di
sisi meja, barulah lebih naik imej taman tersebut,” Kak Ti berkata.
“Erm,
okay. Meja pengantin ikut cadangan Kak Ti tu. Tapi meja tetamu nanti gunakan
warna hijau lumut, sebab rasanya lebih cantik kalau hiasan meja pengantin guna
hijau pucuk pisang, kan?” cadang Fina. Kak Ti mengangguk, lalu mula menulis di
dalam buku notanya.
“Bagaimana
dengan penyambut tetamu?”
“Penyambut
tetamu, Fina rasa dah okay macam ni.” Kak Ti mengangguk lagi.
“Untuk
bersanding pula?” Fina memandang Mummynya. Dia sudah memberi idea tadi, untuk
bersanding, biarlah Mummynya yang tentukan, dia tak kisah. Mengerti dengan
pandangan Fina, Mummy menunjukkan satu set tempat bersanding kepada Kak Ti. “Tempat
bersanding nanti dekat dewan.”
Selesai
sahaja menguruskan untuk pihak perempuan, mereka berbincang mengenai pihak
lelaki pula. “Datin Balqis pula, nak tema winter
kan?” Kak Ti bertanya. Mamanya mengangguk. “Fina, Mama dah bincang awal lagi,
maklumlah bersemangat nak sambut menantu. Ini contoh yang Mama berkenan tu,”
Mama menunjukkan beberapa gambar. Tema tersebut serba putih yang dibangkitkan
dengan warna krim. Lantai dihiasi dengan kapas-kapas putih, dan terdapat
bola-bola kristal disusun di tepi. Di pintu masuk, disusun pokok-pokok Pine,
membangkitkan suasana di negara Eropah. Laju sahaja Fina bersetuju. Pergh,
boleh tahan juga imaginasi ibu mertuanya ini.
“Okay,
dah puas hati dengan plan ni?
Sekarang Kak Di pula yang akan uruskan bab pakaian. Terima kasih atas
kerjasama,” Kak Ti tersenyum, lalu bergerak ke sudut lain. Kelihatan seorang
wanita yang sebaya Kak Ti datang memperkenalkan diri. “Sayalah Di. Boleh kita
mulakan dengan pemilihan pakaian?” Laju sahaja dia bertanya. Sebaik sahaja
melihat anggukan tanda bersetuju, dia mula menghulurkan album.
“Tadi
Ti dah gitau konsep hijau dari pihak perempuan dan konsep Winter, putih dari pihak lelaki. Sekarang, kita mulakan dari pihak
perempuan. Untuk konsep hijau, saya cadangkan pakaian tersebut menggunakan kain
dari warna hijau yang pelbagai tona. Cik dan datin boleh la tengok dulu dress mana yang berkenan.” Kak Di
meminta diri. Beberapa minit kemudian, Kak Di kembali.
“Macam
mana? Dah ada yang berkenan?” Kak Di memandang Fina. Sebaik sahaja melihat
anggukan Fina, Kak Di tersenyum. “Yang mana satu?”
“Fina
berminat dengan dress ni.” Fina
menunjukkan satu gambar pakaian. Pakaian tersebut merupakan baju kebaya moden menggunakan
kain berwarna hijau lumut sebagai baju dan kain berwarna hijau pucuk pisang
sebagai kainnya. Imej kemelayuan cuba ditampilkan. Mummy dan Mama mengangguk
bersetuju.
“Okay,
kemudian untuk hari pihak lelaki pula berkonsepkan putih, ini cadangan saya,”
Kak Di menunjukkan pula album lain dan kembali meminta diri. Beberapa minit
kemudian, Kak Di kembali lagi.
“Bagaimana?”
“Saya
berminat dengan dress ni. Untuk
konsep kehijauan tadi, saya nak tampilkan imej kemelayuan, untuk winter saya berminat dengan konsep Europe.” Fina menunjukkan gaun putih
berlengan panjang yang mengikut bentuk tubuh sehingga ke peha dan mula kembang
ke bawah. Gaun putih tersebut bersulamkan manik-manik biru yang pelbagai tona
membentuk corak yang cantik. “Tapi saya
tak nak terlalu ketat, cukuplah setakat mengikut bentuk tubuh,” Fina berkata.
Kak Di mengangguk faham.
“Bagaimana
dengan pakaian pengantin lelaki?” Datin Balqis dipandang.
“Apa
pendapat Fina?” Soalan dialihkan kepada Fina. Datin Balqis memberi pilihan
kepada Fina. Eh, tak pe ke ikut aku? Fina tertanya-tanya.
“Erm,
kalau ikut konsep hijau tu, sebaiknya pakaiannya ialah baju melayu dari hijau
pucuk pisang. Kemudian menggunakan tengkolok dan sampin hijau lumut serta
keris. Kalau untuk konsep putih, lebih sesuai menggunakan suit putih.” Fina
mencadangkan. Aiseh, laju pula aku bagi cadangan, takpe ke? Mama tersenyum puas
hati. Dia dah agak Fina mampu memberi cadangan yang sesuai.
“Okay,
ikut cadangan Fina,” Mama memberikan persetujuan. Kak Di mengangguk laju.
“Erm,
pengapit pula?”
“Mama,Mummy…Fina
dah bincang dengan Ica dan Syida ni. Diorang tak nak jadi pengapit, diorang nak
jadi photographer tambahan ngan
tukang solek je nanti sebab dua orang kan? Fina ingat nak minta Lin jadi
pengapit.” Fina menerangkan.
“Eh?
Tak pe ke? Ica? Syida?” Mama dan Mummy memandang mereka. Mereka tersenyum.
“Ha’a,
takpe… Lagipun Ica memang amik major
untuk solekan, Syida pula memang amik major
photographer. Kitorang ni, minor je
sama kelas dengan Fina.” Ica menjelaskan. Mummy dan Mama mengangguk faham.
“Oh,
tak pe la macam tu. Tapi, still,
korang ni special untuk Fina kan? So,
takpe la Auntie Qis bagi present untuk
pakaian korang dua hari tu nanti, okay?” Datin Balqis berkata. Serba-salah pula
Ica dan Syida. “Korang setuju la…Anak Auntie si Hafiz ngan Linda dua-dua jadi
pengapit, takpe la Auntie bagi hadiah okay?” Mama memujuk. Perlahan-lahan,
mereka mengangguk. Malu sebenarnya, tapi siapa yang tak nak? Dapat pakaian free tempah butik pula tu.
“Kalau
macam tu pakaian korang tentukan la sendiri. Aku cadangkan untuk pengapit je,
okay?” Fina mengangkat ibu jarinya, lalu menyerahkan album kepada mereka.
“Okay,
macam mana dengan pakaian Linda dengan Hafiz tu?” Mama bertanyakan Fina.
“Kalau
ikut Fina, Fina cadangkan untuk tema hijau, diorang pakai baju Melayu dan baju Kebaya
moden juga, tapi warna hijau lumut, supaya naik la warna pakaian pengapit sama.
Kitorang dah naikkan warna hijau pucuk pisang kan? Untuk tema putih pula, Fina
cadangkan diorang pakai baju warna biru laut. Hafiz tu pakai suit dan Lin dress juga, erm…boleh?” Fina
teragak-agak. Mama sudah tersenyum lebar tanda setuju. Mummy turut tersenyum
simpul. Boleh pakai rupanya Fina ni, ingat tak nak bagi kerjasama. Mujurlah,
laju sahaja bibir anak gadisnya tersebut memberi cadangan.
“Okay,
Mama setuju sangat-sangat, kan akak?” Datin Balqis tersenyum kepada Datin Nora.
“Ha’a,
cantik dah tu Fina. Erm, Ica dan Syida pula?” Mummy bertanyakan mereka. Mereka
mula memberikan pandangan mereka tentang pakaian yang mereka berkenan. Selepas
Kak Di selesai mencatit semua jenis pakaian yang diingini, dia mula mengambil
saiz badan mereka.
“Erm,
Lin, Fiz, ngan Riz tu nanti, esok, atau lusa la diorang datang ambil ukuran.
Terima kasih lah Fina, Ica ngan Syida, sudi datang bagi pandangan,”Mama
berterima kasih.
“Eh,
takde ape la Auntie. Kitorang dapat baju free
lagi,” Ica tersengih. Mereka tertawa mendengar jawapam spontan Ica.
“Takpe
la Mummy, Mama. Kitorang minta diri dulu, malam ni ada kelas lagi,” ujar Fina.
Selesai bersalaman, mereka pulang ke rumah.
*****
“Wei,
jom gi tengok wayang,” Zack mengajak. Mereka baru sahaja selesai menghantar
tugasan terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Semuanya berjalan malas
sahaja ke tempat parkir kereta.
“Aku
malas la, rasa cam nak balik tido je. Letih dah berapa hari stay up semata-mata nak selesaikan
tugasan tu,”Fina memeluk lengan Ica di sebelahnya.
“La…
Fina… Jom la, kalau kau tak pergi, aku takde geng la. Ica ngan Zack, Syida ngan
Joe, aku? Jom la,” Adam memandangnya. Sengaja ditayangkan wajah kasihan.
“Malas
la aku. Kau ajak la Zati tu keluar ngan kau, dah ada makwe pun boleh ajak aku
lagi. Ape la kau ni Adam,” Fina berkata malas.
“Kitorang
clash dah pun,” Adam menjawab
selamba. Sahabat-sahabatnya memandangnya dengan riak tidak percaya.
“Clash lagi? Kau ni Adam, kalau couple, paling lama tahan pun 6 bulan,
pas tu putus. Dari sekolah menengah lagi, ape la kau,” Ica pantas menyampuk.
“Bukan
aku saje minta putus, dia tu mengada sangat. Menyampah gile wei,
terhegeh-hegeh. Aku naik rimas la perempuan macam tu, sikit-sikit merajuk,
ingat aku ade masa sangat nak pujuk dia?” Adam berkata bengang. Fina tertawa
melihat Adam.
“Cool la Adam. Baru makwe, bukan bini kau
pun. Kalau bini kau, kau kena la jaga elok-elok, kalau tak, bini kau pun lari,”
Fina mengenakan Adam.
“Takdenya.
Kalau bini aku, aku layan baik punya.”
“Cheh,
menyampah.”
“Kau
jangan… Fina. Yang kau menyampah ni la yang kau nak sayang nanti.”
“Ha,
sudah. Mula nak melalut dah la tu. Jom la, korang kata nak tengok wayang kan?
Sebab aku nak tolong kurangkan frust menonggeng
yang kau tengah rasa ni Adam, aku ikut sekali, cantik?” Fina mengenyitkan mata.
“Cantik.”
Adam menunjukkan ibu jarinya. Mereka tertawa.
*****
“Fina
sayang…” Adam memanggil Fina yang sedang khusyuk menaip tugasan di dalam
perpustakaan. Ica dan Syida tidak kelihatan.
“Kau
nak ape hah? Tak perlu nak bersayang-sayang sangat la,” mata Fina tidak
dialihkan dari skrin laptopnya.
“Ala
kau ni. Jangan le cold sangat, nanti
suami kau pun lari,” Adam mengusik.
“Iya
Muhammad Adam Haikal, kau nak ape?” Fina mengalihkan pandangan ke arah Adam
yang sedang tersengih.
“Aku
nak minta tolong ni, boleh?”
“Tolong
ape?”
“Kau
urut kepala aku jap, sakit gila wei.” Adam mengambil tempat duduk, lalu
memejamkan matanya.
“Mengada
la kau, ni minyak Cap Kapak ade, pakai sendiri.” Fina menghulurkan sebotol
minyak Cap Kapak bersaiz kecil.
“Kau ni
memang hati batu la.” Adam mengambilnya lalu menyapukan ke dahinya. Selesai
disapukan, dia meletakkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Akhirnya
dia terlena. Fina yang sibuk menaip tugasan langsung tidak mengendahkan Adam
yang sudah terlena.
Setelah menyiapkan separuh
tugasannya, Fina mula menggeliat. Apabila melihatkan jam tangannya yang
menunjukkan pukul 3, barulah Fina tersedar yang dia masih belum menunaikan solat
Zohor.
“Adam,
bangun wei. Kau pun tak solat lagi kan? Adam…Adam…?” Adam perlahan-lahan
membuka matanya. Fina terkejut melihat matanya yang merah menyala. Entah kenapa
laju sahaja tangannya menyentuh dahi Adam, kemudian lehernya.
“Adam,
kau demam ke? Panas wei badan kau,” Fina berkata terkejut.
“Hah?
Takde ape la. Ala, biasa le tu, aku sapu minyak kan tadi,” Adam berdiri. Begnya
digalas. Namun, dia tidak dapat berdiri tegak. Tangannya memegang tepi meja.
“You’re not fine at all,” Fina pantas
memasukkan barangannya ke dalam beg kuliah, lalu tangan kanannya meletakkan
lengan Adam ke belakang lehernya. Beg kuliah digalas di bahu kiri.
“Kau
nak buat ape?” Adam bertanya perlahan.
“I’ll bring you to hospital.” Tanpa
menunggu lama, badan Adam dipimpinnya menuju ke kereta. Mujurlah keretanya
sekadar diparkir di hadapan perpustakaan. Laju sahaja dia memandu ke hospital
swasta berdekatan.
“Kau ni
berapa lama dah demam? Pehal tak gitau aku?” Fina merengus geram.
“Aku
rasa pening-pening pagi tadi, tak sangka nak demam,” perlahan sahaja bibir Adam
menjawab.
“Kejap,
kita nak sampai dah,” pantas Fina membelok masuk ke perkarangan hospital. Dia
terus memberhentikan keretanya berdekatan pintu utama lalu memimpin Adam masuk.
Dia memohon bantuan daripada beberapa orang jururawat di situ untuk membawa
Adam ke bilik doktor.
Sementara
menunggu Adam diperiksa, Fina menunaikan solat di surau yang terdapat dalam
hospital tersebut. Perasaan bersalah mula menjalar apabila memikirkan bahawa
dia langsung tidak melayan Adam kerana sibuk menyiapkan tugasan. Sangkanya Adam
sekadar bergurau.
Selesai
menunaikan tuntutan fardhu, Fina bergerak menuju ke tempat menunggu, Adam masih
belum keluar. Setelah 5 minit Fina mundar-mandir di kawasan menunggu, Fina
terlihat Adam yang sedang berjalan keluar dari salah sebuah bilik sakit. Pantas
Fina mendapatkan Adam.
“Kau
cam ne? Kenapa kau keluar dari bilik ni? Bukan tadi kau masuk bilik doktor?”
“Aku
takde ape pun. Doktor tadi nak tahan aku kat wad sampai aku kebah. Tak nak la
aku. Mana macho kena tahan wad,
aduh.”
“La,
habis tu? Kau kena la masuk wad, kalau doktor cakap macam tu,” Fina menarik
tangan Adam, namun Adam masih berkeras.
“Aku
dah ambil ubat tadi lepas aku telan biskut. Nurse
tu paksa aku telan ubat dulu, baru dia bagi aku balik. Tapi, aku tak boleh drive la, ubat tu ngantuk gila,” Adam
menjelaskan.
“Oh,
betul ke takpe?” Fina pantas meletakkan tangannya ke dahi Adam.
“Memang
la tak kebah lagi demam aku, tapi kau nampak tak ubat kat tangan aku ni? Nanti
okay la tu. Dah, jom balik,” Adam menarik tangan Fina.
“Kau
betul-betul buat aku takut tadi, kau tau tak? Dah tau sakit, pehal kau datang
kuliah tadi? Lain kali ambil la MC terus,”
Fina merengus geram. Adam tertawa.
“Sayang
jugak kau kat aku kan?” Adam mengusik.
“Diamlah
kau,” Fina mencubit pinggang Adam. Adam tertawa senang hati.

No comments:
Post a Comment